FesyenGaya Hidup

5 Cara Untuk Guna Semula Pakaian Lama Anda

Pakaian adalah antara perkara yang wajib dibeli ketika membeli-belah terutama pada musim perayaan ketika banyak diskaun ditawarkan. Walaupun anda berniat untuk tidak membeli pakaian pada awalnya, anda mungkin akan cenderung untuk membawa pulang beg-beg yang berisi baju.

Daripada membeli pakaian baru setiap kali anda terasa seperti memerlukannya, cuba baiki semula pakaian lama anda dengan menjadikannya barang-barang “baru”. Jika pakaian terlalu lama atau tidak lagi muat dengan anda, anda juga boleh mencari cara lain untuk menggunakannya.

Ini adalah lima cara untuk mengguna semula atau mengitar semula pakaian lama anda:

1. Beri nafas baru

Related imageSekiranya anda tidak lagi memakai pakaian anda kerana fesyen itu sudah lapuk atau terlalu membosankan, cubalah beri nafas baru kepadanya. Anda boleh menjahit poket pada kemeja-T, atau tambahkan zip, butang dan hiasan lain untuk menambahkan sedikit ‘bling’ ke atas sehelai fabrik yang membosankan.

2. Hasilkan pakaian baru

Sekiranya anda tidak lagi mahu memakai baju T yang sama, walaupun sesudah ditambah corak dan reka bentuk baru, jadikannya sesuatu yang baru. Anda boleh memotong bahagian bawah baju T atau potong bahagian lengan untuk menjadikannya lebih ringkas. Baju ini boleh dipakai pada waktu malam.

3. Dye pakaian anda

Related imageIngin menambah warna ke dalam hidup anda? Mulakan dengan mencelup pakaian lama anda dalam warna yang berbeza dan mencipta corak yang menarik atau kesan ombre. Baju anda akan kelihatan lebih menarik dengan pilihan warna yang berlainan.

4. Buat aksesori kain

Hidupkan pakaian anda dengan menjadikannya sesuatu yang lain seperti aksesori rambut. Potong corak cantik dari baju bercorak bunga dan jahitnya menjadi headband. Atau anda juga boleh menghasilkan rantai, gelang atau apa sahaja yang anda boleh fikirkan sesuai.

5. Jadi lebih kreatif

Image result for making soft toys from old clothesTekstil dan pakaian yang tidak diingini boleh dibuat kepada banyak perkara lain seperti sarung bantal, selimut, beg atau mainan.

Jika and mempunyai beberapa baju sejuk lama yang tidak dipakai, anda boleh mengubahnya menjadi selendang atau beanie, atau sepasang sarung tangan ketuhar yang tebal. Anda juga boleh menukar pakaian lama anda menjadi beg kain.

Daripada membeli mainan baru yang mahal untuk anak-anak anda, hasilkan mainan dengan pakaian lama. Anda boleh membuat ‘soft toy’ manggunakan fabrik lama untuk mereka bermain. —  Star2

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker