HiburanWayang

Tom Cruise Sanggup Cedera Demi Fallout

Tom Cruise sekali lagi kembali memainkan watak ejen perisik terkenal Ethan Hunt dalam filem keenam Mission: Impossible, Fallout.

Fallout diarahkan oleh Christopher McQuarrie yang juga memegang peranan sebagai penulis skrip serta penerbit bersama untuk filem ini.

Dari kiri: Simon Pegg, Rebecca Ferguson, Tom Cruise dan Ving Rhames

Cruise sekali lagi akan digandingkan dengan barisan pelakon veteran  Mission: Impossible seperti Ving Rhames, Simon Pegg, Michelle Monaghan, Rebecaa Ferguson , Sean Harris, serta Alec Baldwin.

Pelakon yang terkenal dengan watak Superman di dalam Man of Steel dan Justice League, Henry Cavill juga akan membuat penampilan sebagai antagonis dalam filem ini.

Plot filem ini mengisahkan salah satu musuh IMF, Solomon Lane berjaya melepaskan diri dan Ethan Hunt sekali lagi bertindak untuk bertanggungjawab menangkap Lane semula. Namun tindakan dan motifnya dipertikai oleh CIA. Hunt mula diburu CIA disamping pembunuh upahan yang mahukan dia mati.

Seperti yang diketahui, kesemua aksi lasak (stunt) yang dilakukan oleh Ethan Hunt di dalam kesemua filem Mission: Impossible dijayakan oleh Tom Cruise sendiri.

Menurut Cruise, ia sesuatu yang dia perlu lakukan untuk watak Ethan Hunt supaya penonton tahu apabila mereka melihat Ethan sedang melakukan lagak ngeri, ia adalah aksi yang dilakukan Cruise sendiri.

Kemalangan Tom Cruise ketika penggambaran M:I Fallout di London

Namun, dalam satu babak di dalam Fallout, Cruise terlibat dalam satu kemalangan dan mengalami kecederaan pada kakinya.

Tom Cruise menjelaskan ia adalah sebahagian dari risiko melakonkan watak ini demi mendapatkan aksi yang menarik.

 Mission: Impossible – Fallout akan mula ditayangkan pada 27 Julai ini diseluruh negara.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker