Isu SemasaMalaysiaTempatan

Ketua Militan Indonesia Dalang Serangan Keganasan Di Malaysia

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesahkan bahawa ketua kumpulan militan Daesh warga Indonesia, Bahrum Naim, merupakan dalang utama disebalik beberapa siri rancangan serangan keganasan di Malaysia.

Walau bagaimanapun, pihak polis berjaya menggagalkan serangan-serangan yang dirancang oleh ketua militan tersebut yang dilaporkan terbunuh dalam satu insiden serangan dron di Syria sebelum bulan Ramadan.

Dia juga adalah sahabat karib kepada Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, iaitu ketua Daesh di Asia Tenggara yang terbunuh dalam sebuah serangan pada tahun lepas.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, pengganas berusia 34 itu telah merancang untuk menyerang pelbagai lokasi ibadah dan premis hiburan di negeri Johor, Selangor, dan Kuala Lumpur pada tahun 2015.

Memetik laporan The Sun Daily, Ayob menyatakan bahawa Bahrum juga dipercayai mempunyai rancangan untuk melancarkan serangan di Indonesia dan Singapura, termasuk plot serangan roket ke atas Marina Bay Sands, Singapura.

Ujar beliau, Bahrum turut terlibat dalam kegiatan merekrut anggota baru dalam sebuah kumpulan di atas talian (online) yang dikenali sebagai “Malhama Qubra.”

Difahamkan, dia telah berjaya meresap masuk sekurang-kurangnya 26 anggota daripada kalangan rakyat Malaysia

Namun, semua anggota baru kumpulan itu telah ditahan dalam sebuah operasi besar-besaran polis yang dilaksanakan di Kedah, Selangor, Pahang dan Kuala Lumpur.

Ayob berkata, Bahrum telah berkomunikasi dengan ketua kumpulan “Malhama Qubra” menerusi pelbagai platform media sosial, termasuk Whatsapp, Telegram dan Facebook.

Tambah beliau lagi, militan berkenaan juga merupakan seorang pakar komputer dan telah mengajar anggota-anggotanya cara untuk membina bom menerusi satu manual/panduan yang dimuatnaik olehnya di Telegram.

 

IMEJ TERENCANA SEKADAR HIASAN

Show More

Related Articles

Back to top button