Hiburan

I Can See Your Voice Versi Bahasa Malaysia Temui Penonton Ogos Ini!

I Can See Your Voice adalah rancangan hiburan popular asal dari Korea Selatan. Bulan Ogos ini nt7 akan menyiarkan versi Bahasa Malaysia (ICSYVMY) yang akan turut menampilkan artis-artis kegemaran ramai!

Jika anda tidak biasa dengan konsep rancangan ini, setiap episod menggandingkan 3 orang penyiasat tetap iaitu Jihan Muse, Mark Adam, dan Seelan Paul beserta dua orang penyiasat jemputan dan dua orang artis jemputan.

Tugas penyiasat adalah untuk membantu artis jemputan mendedahkan penyanyi misteri yang mereka rasa adalah penyamar bersuara sumbang.

Terdapat enam orang penyanyi misteri yang akan diperkenalkan untuk setiap episod dan artis-artis jemputan perlu menyingkirkan penyanyi misteri yang mereka rasa adalah penyamar bersuara sumbang pada setiap pusingan.

Terdapat empat pusingan dalam rancangan ini:

Pertama: Penyanyi misteri beraksi kaku di atas pentas, dan artis jemputan akan meneliti penampilan penyanyi misteri dan mendengar rakaman suara berdurasi 0.3 saat dalam klip pengenalan untuk mengenal pasti individu yang menyamar.

Kedua: Penyanyi misteri akan lip sync dan artis jemputan perlu mengenal pasti dan menyingkirkan dua orang penyamar di dalam pusingan ini.

Ketiga: Tiga ahli penyiasat dipertanggungjawab untuk mempertahankan seorang penyanyi misteri. Mereka diberi peluang untuk mendengar secara individu rakaman suara sebenar penyanyi misteri. Artis jemputan perlu membezakan benar atau bohong berdasarkan penerangan ahli penyiasat dan akan diberi masa 100 saat untuk berbincang. dengan ahli penyiasat dan penonton sebelum membuat keputusan.

Keempat: Artis jemputan diberi peluang selama 10 saat untuk bertentang mata dengan dua penyanyi misteri yang terakhir, dan buat penentuan siapa yang bakal menyanyi bersama beliau.

Setiap penyanyi misteri yang disingkir akan ke pentas penentuan di mana beliau akan mendedahkan suara sebenar. Jikalau penyanyi misteri terakhir merupakan penyanyi sebenar, beliau akan sertai Showcase ICSYVMY. Namun jika penyanyi misteri terakhir merupakan penyamar, beliau akan membawa pulang RM3,000.

ICSYVMY menggandingkan Shuk Sahar dan Alvin Chong sebagai hos. Episod pertama akan bermula 4 Ogos 2018 pada setiap hari Sabtu, jam 8.30 hingga 10 malam di ntv7.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker