Teknologi

Windows Surface Go Lebih Mampu Milik Untuk Semua

Windows telah memperkenalkan versi terbaru keluarga Surface yang dikatakan lebih mampu milik untuk semua pengguna.

Windows Surface Go merupakan peranti Surface yang lebih kecil dengan dengan spesifikasi yang hebat.

Peranti ini dibina dengan 10 inci PixelSense bersama paparan 3:2 yang lebih kecil berbanding Surface biasa.

Dikuasakan dengan Windows 10 bersama Intel Pentium Gold 4415Y, peranti ini dikeluarkan dengan pilihan 4GB atau 8GB RAM DDR3 dengan storan SSD sebesar 64GB, 128GB, atau 256GB. Terdapat juga sokongan untuk storan tambah dengan menggunakan microSD.

Dengan keupayaan yang menggunakan kuasa yang minima, peranti ini mampu digunakan sehingga 9 jam.

Rekaan pulanya, ia dibina dengan bucu yang lebih bulat dan masih menggunakan fungsi sentuh dengan sokongan stylus Surface Pen. Surface Go ini menggunakan port USB-C.

Selain itu, peranti ini juga masih menggunakan papan kekunci Singature Type Cover yang sinonim dengan Surface dan peranti ini hanya seberat 530 gram dengan ketebalan maksimum 8.1 mm.

Tongkat pada belakang Surface ini pula mampu dibuka sehingga sudut 165 darjah untuk pengguna menyalaras untuk menaip menggunakan skrin peranti ini.

Surface Go dikatakan adalah alternatif terbaik untuk kegunaan harian mengantikan iPad.

Peranti ini akan mula dikeluarkan ke dalam pasaran sekitar Ogos tahun ini tetapi untuk pasaran Amerika Syarikat, Australia dan Eropah. Mengikut jangkaan, Surface Go akan berada di pasaran Malaysia sekitar Oktober dengan harga RM1,600 yang lebih mampu milik.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker