Isu SemasaTempatan

Warga Amerika Terbit Buku Panduan Untuk Durian Pulau Pinang

Mereka yang ingin merasa durian Pulau Pinang tetapi tidak tahu di mana untuk mula mencari ‘raja segala buah’ itu, kini boleh merujuk kepada buku yang ditulis khas tentang subjek tersebut.

Menariknya, The Durian Tourist’s Guide to Penang bukan ditulis oleh seorang warga Malaysia malah oleh seorang warga Amerika, yang jatuh cinta dengan buah tersebut apabila dia mula-mula merasa durian beku pada tahun 2009.

Selepas mencuba durian di Filipina pada tahun seterusnya, Lindsay Gasik, 29, telah memulakan “jejak durian” di sekitar Asia Tenggara.

Gasik telah melawat 13 negara di Asia untuk mencari durian, ladang-ladangnya dan sejarah di sebalik jenis-jenis durian.

Dia mula menulis buku tersebut pada 2016, dengan memberi tumpuan kepada jenis-jenis durian di Pulau Pinang dan lokasinya selepas menerbit buku pertamanya, The Durian Tourist’s Guide to Thailand pada tahun 2014, yang telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Gasik berkata buku yang mempunyai 327 halaman itu memaparkan 65 ladang di seluruh Pulau Pinang dengan panduan pengenalan kepada lebih daripada 25 jenis durian yang terdapat di Pulau Pinang.

“Buku ini menarik dan penuh dengan gambar durian bersama tempat-tempat di Pulau Pinang.

“Kami juga menulis keterangan mengenai ladang durian, farmstay dan gerai durian untuk dilawat, selain petua tentang cara memilih durian yang baik dan bagaimana untuk mengelak daripada durian yang buruk,” kata Gasik.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker