FesyenGaya Hidup

Tip Tampil Bergaya Dengan Bajet Kecil

Baki akaun yang sikit tidak bermakna anda perlu hadkan diri daripada tampil bergaya. Jangan bimbang, anda masih boleh look like a million bucks tanpa perlu berbelanja lebih dengan 5 cara di bawah:

1. Beri nafas baru kepada pakaian lama

Masa untuk spring cleaning! Pasti anda akan terjumpa pakaian lama yang banyak tersadai dalam almari. Jangan buang kesemuanya dahulu, pilih helaian yang anda rasakan boleh dihantar untuk alteration agar padan dengan stail peribadi anda.

2. Basics and classics

Anda suka berfesyen tetapi realitinya membeli pakaian terkini di butik memerlukan bajet yang besar. Jadi, pakaian asas boleh menjadi penyelamat! Top putih dan jeans merupakan item ‘wajib’ dalam setiap almari kerana ia mudah untuk dipadankan dengan helaian lain. Tak salah jika anda mahu berbelanja lebih untuk membeli LBD (little black dress), asalkan rekaannya timeless dan berkualiti.

3. Palet warna neutral

Mula membeli helaian berona neutral bermula sekarang, kerana ia beri ruang untuk anda mencuba teknik mix and match. Palet warna neutral seperti hitam, putih, kelabu, taupe dan coklat lebih versatil berbanding warna-warna terang. Cara termudah untuk menyuntik warna ialah melalui padanan aksesori. Dengan cara ini perhatian lebih tertumpu kepada aksesori daripada pakaian anda.

4. Accessorize, accessorize, accessorize!

Berbelanja lebih untuk aksesori tidak kira sama ada rantai, subang, gelang mahupun topi! Penangan aksesori mampu merubah gaya harian anda jadi lebih stylish tanpa kelihatan terlalu berusaha. Tidak seperti pakaian, untungnya aksesori boleh dipakai berulang kali dalam seminggu dan mencipta look berbeza mengikut stail pakaianmu.

5. Membeli-belah di bahagian sale

Jangan terkejut dengan hanya berbekalkan bajet RM100 anda boleh membeli tiga atau lebih helaian baju. Sebelum ini anda selalu mengabaikan voucher diskaun dan kupon, mulai sekarang mula gunakannya. Tanpa disedari, anda mampu menyimpan lebih wang simpanan untuk keperluan yang lebih penting.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker