Hiburan

Tonton Filem Tempatan Tanpa Henti di Dunia Sinema

Masyarakat tempatan gemar menyaksikan filem-filem kegemaran antarabangsa menerusi saluran berbayar seperti HBO, Cinemax dan Fox Movies.

Selain mudah dan murah, saluran-saluran tersebut juga menawarkan kandungan filem pecah panggung berkualiti tinggi serta selari dengan selera pelanggan.

Terkini, Unifi TV, perkhidmatan IPTV oleh Telekom Malaysia (TM) telah melancarkan Dunia Sinema iaitu saluran filem tempatan yang bersiaran secara 24 jam, yang bakal menayangkan filem-filem tempatan terbaik.

Seperti penyedia saluran filem antarabangsa lain, Dunia Sinema menjanjikan sebuah pengalaman hiburan yang menyajikan ratusan filem terbitan produksi tempatan serta rantau Asia Tenggara.

Dunia Sinema (saluran 128) menampilkan pelbagai filem yang terdiri daripada roman, seram, aksi, komedi, dan banyak lagi.

Sebelum ini ditawarkan sebagai saluran video-on-demand langganan di Unifi TV, Dunia Sinema kini tersedia 24 jam sebagai saluran filem linear tanpa henti. Ia disediakan sebagai sebahagian daripada Pakej Aneka dan Pakej Ultimate, atau tanpa pakej lain dengan harga RM9 sebulan.

Sesuai dengan slogan ‘Imaginasi tanpa henti’, saluran ini mempunyai filem-filem tempatan yang popular seperti Pekak, Ophilia, Adnan Sempit, Wawa Semput, Mat Moto, dan banyak lagi.

Peminat filem dari negara-negara Asia juga akan dapat menonton filem pecah panggung seperti ketika Cinta Bertasbih dan Dalam Mihrab Cinta dari Indonesia, serta dari Thailand seperti Suddenly 20, May Who?, Ship Ghost, dan The Couple, yang turut disediakan sari kata Bahasa Malaysia.

Untuk bulan ini, filem yang ditawarkan harga diskaun termasuk blockbuster tempatan seperti Isteri Untuk Dijual, Abang Lejen, Nasi Tangas, Black Maria, Driving School, dan Make Me Shudder 2.

Pelanggan yang sedia ada boleh mula menikmati Dunia Sinema dengan melanggan pek Unifi TV melalui kawalan jauh Unifi TV. Sekiranya anda belum lagi menjadi pelanggan, sila log masuk ke outlet TMpoint terdekat.

Memetik laporan The Sundaily, saluran Dunia Sinema juga boleh didapati di aplikasi PlayTV unifi untuk tontonan bergerak.

Sementara itu, Naib Presiden, Perniagaan & Operasi Media TM, Emily Wee berkata: “Dengan Dunia Sinema, kami membuka peluang untuk menyokong industri filem tempatan dan, pada masa yang sama, memenuhi permintaan daripada penonton tempatan untuk menikmati filem terbaik di Malaysia dan Asia.”

Show More

Related Articles

Back to top button