Gaya HidupKerjaya

7 Kriteria Yang Patut Ada Pada Anda Yang Berminat Menjadi Pengasuh

Kes Adam Rayqal yang berlaku tahun ini dikategorikan sangat mengerikan kerana mayatnya ditemukan dibungkus dengan lampinnya dan masih berpakaian di dalam beg hijau dan diletakkan di dalam peti sejukbeku.

Entah apa yang difikirkan oleh pengasuhnya tersebut dan entah apa yang berlaku semasa trajedi tersebut.

Terdapat juga netizen yang menyalahkan ibubapa Adam Rayqal kerana melepaskan anaknya kepada pengasuh ini.

Walau bagaimanapun, kita bukan berada di tempat ibubapanya.. kemungkinan akibat terdesak dan tiada pilihan lain siapa tahu?

Tetapi untuk jadi pengasuh, janganlah hanya fikirkan menjaga anak orang untuk mendapatkan duit semata-mata kerana menjaga bayi ini bukanlah semudah yang disangkakan.

Menjadi pengasuh merupakan satu kerjaya yang boleh dipandang serius dan bukan sekadar kerja sampingan.

Jika diikutkan undang-undang, seorang pengasuh perlu berusia 18 tahun ke atas. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pernah mengikuti Kursus Asas Kanak-kanak yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Tetapi selain daripada itu, apa yang utama ialah anda mempunyai 7 ciri-ciri ini:-

  1. Suka telatah kanak-kanak

Sudah pasti ini perkara utama untuk menjadi seorang pengasuh. Tetapi jika hanya suka kanak-kanak kerana kecomelan, gelak ketawa dan celoteh yang kelakar sahaja, mungkin anda perlu fikir lagi kerana kanak-kanak tidak sentiasa ceria.

Mereka bukan boneka ataupun robot yang sentiasa senyum comel. Mereka mempunyai emosi dan kemahuan. Malah tidak semua kanak-kanak sama. Ada yang duduk diam, pemalu, ada yang aktif sehingga tidak terkejar.

Mungkin ujian diri yang pertama yang patut anda cuba ialah sama ada anda tahan mendengar tangisan bayi pada waktu yang lama.

  1. Suka bermain dengan kanak-kanak

Selain makan, minum dan tidur, kanak-kanak juga pastinya suka bermain. Adakah anda boleh meluangkan masa bermain dengan kanak-kanak ini?

Jika anda suka berinovatif untuk mencari idea baru bagi menggembirakan kanak-kanak, mungkin anda boleh menjadi pengasuh yang baik.

  1. Sentiasa ceria

Salah satu kriteria yang perlu ada pada pengasuh ialah sifat ceria kerana bayi atau kanak-kanak akan mudah mesra apabila kita bermain dengan gelak-ketawa serta nyanyian mesra.

  1. Bertanggungjawab

Menjaga anak orang ini adalah seperti membantu menjaga amanah Tuhan.

Anak ini adalah anugerah Tuhan kepada pasangan berkahwin tetapi kerana keperluan untuk menampung hidup, kini ramai ibubapa yang perlu bekerja untuk masa depan anak-anak itu sendiri.

Kita juga perlu fikir jika tiada ibubapa yang bekerja, pengasuh juga tiadalah pekerjaan.

Jadi sebagai pengasuh, anda perlulah menjaga perhubungan dan bertanggungjawab di atas apa yang berlaku ke atas kanak-kanak tersebut.

  1. Berkomunikasi baik dan jujur dengan ibubapa

Sesuatu hubungan perlulah ada komunikasi. Oleh sebab kanak-kanak itu tidak boleh bercakap dengan sempurna, pengasuh perlulah menceritakan masalah (jika ada) kepada ibubapa. Ini juga boleh mengelakkan salah faham.

Jangan takut untuk bersikap jujur dan memberitahu permasalahan yang anda hadapi. Pada zaman sekarang, teknologi lebih memudahkan perkara ini untuk dilakukan.

  1. Pembersih

Kebersihan diri dan tempat jagaan adalah penting. Kanak-kanak mudah terkena jangkitan kuman jika kawasan tersebut tidak bersih kerana sistem imunisasi mereka masih baru dibina.

Persekitaran bersih juga akan membantu anda menjaga kanak-kanak dengan lebih mudah kerana mereka sihat dan ceria.

7. Sentiasa meningkatkan ilmu menjaga bayi atau kanak-kanak

Seperti mana-mana pekerjaan, meningkatkan ilmu dan kemahiran akan menjadikan kita lebih mahir dalam sesuatu. Oleh itu, sentiasalah mencari ilmu baharu untuk menjaga anak walaupun kanak-kanak itu bukanlah anak kita sendiri.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker