Gaya HidupMakan & Minum

5 Cara Untuk Makan Secara Sihat Dalam Bajet Rendah

Kita semua merasakan bebanan daripada kenaikan kos sara hidup, lebih-lebih lagi jika mempunyai keluarga untuk disara. Walau apa pun, makanan adalah antara penyumbang kepada perbelanjaan seharian.

Pilihan makanan anda mempunyai kesan langsung kepada kesihatan. Jadi apa yang boleh anda lakukan untuk makan secara sihat dalam kekangan bajet? Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda ikuti:

1. MAKAN MASAKAN DARI RUMAH

Salah satu cara terbaik untuk menjimatkan wang dan makan sihat ialah memasak di rumah. Makanan yang dimasak di rumah pastinya lebih murah daripada makan di luar. Dengan berbuat demikian, anda boleh mengawal bahan-bahan yang anda gunakan, memasak makanan yang lebih seimbang dengan nutrisi.

Cari video dalam talian untuk idea resipi mudah yang boleh anda cuba atau ubah suai mengikut keinginan anda.

Anda juga dinasihatkan untuk memasak dalam kuantiti yang banyak supaya dapat simpan di dalam peti sejuk untuk hidangan lain. Ini menjimatkan masa supaya anda tidak perlu memasak dari awal pagi setiap hari.

Sebagai contoh, anda boleh memasak seperiuk kari ayam. Kari ayam yang sama boleh dihidangkan dengan pelbagai hidangan pada hari-hari lain.

Sebagai contoh, anda boleh memakannya dengan nasi dan sayur-sayuran. Pada hari yang lain, anda boleh memakannya dengan roti panggang atau dengan nasi lemak buatan sendiri.

2. RANCANG MAKANAN ANDA

Merancang makanan anda akan membantu anda mempunyai idea yang lebih baik mengenai apa yang hendak dibeli. Ramai orang membazir wang dengan membeli stok makanan dalam kuantiti pukal dan kemudian membuangnya apabila rosak atau menjadi terlebih masak.

Lihat makanan yang ada di dapur anda dan gunakannya dengan baik. Contohnya, jika anda mempunyai sardin di dapur, gunakannya untuk membuat sandwic sardin atau sambal sardin dalam satu minggu?

Sebaik sahaja anda mempunyai idea tentang makanan yang akan anda buat, senaraikan bahan-bahan yang anda perlukan pada senarai pembelian.

3. PATUHI SENARAI PEMBELIAN ANDA

Percayalah, apabila berada di kedai, anda akan cenderung untuk membeli makanan yang tidak diperlukan. Tetapi jika anda mempunyai bajet yang ketat, matlamat utama anda adalah untuk tidak membelanjakan wang untuk makanan yang anda tidak diperlukan.

Peraturannya adalah untuk tidak pergi membeli-belah ketika anda berperut kosong. Pembeli yang sedang lapar akan terpengaruh untuk membeli apa sahaja yang dilihat menarik!

Untuk menjimatkan masa dan wang, pertimbangkan untuk membeli-belah dalam talian. Anda boleh mendapatkan tawaran yang lebih baik dan menjimatkan wang untuk tempat letak kereta.

4. ELAKKAN MEMBELI MAKANAN PROSES

Beli makanan yang lebih segar berbanding makanan yang diproses. Anda akan terkejut berapa banyak wang yang dapat anda simpan. Sebagai contoh, membeli nanas segar lebih murah berbanding dengan nanas dalam tin.

Makanan yang diproses mungkin kelihatan lebih mudah tetapi mereka datang pada harga dan dengan ramuan yang boleh memberi impak kepada kesihatan anda seperti perasa tambahan, garam, gula dan pewarna.

Sesetengah kedai akan mempunyai kawasan diskaun untuk makanan lama seperti buah yang mungkin terlalu masak atau sedikit lebam. Periksa kawasan itu kerana sesetengah jualan masih boleh dimakan dan boleh digunakan dalam masakan anda.

5. GUNAKAN MAKANAN PROTEIN LAIN MENGGANTIKAN DAGING

Selain dari makanan yang diproses, dagingjuga  adalah perbelanjaan besar dalam bil runcit anda. Makan kurang daging dalam seminggu adalah satu lagi cara logik untuk menjimatkan wang.

Bagi sesetengah makanan anda, pertimbangkan untuk mempunyai makanan kaya protein yang lain untuk menggantikan daging seperti kekacang, telur, susu, tofu, sardin atau ikan bilis.

Protein dari sumber tumbuhan seperti kekacang juga bebas kolesterol dan rendah lemak tepu berbanding daging. Memilih lebih banyak protein tumbuhan untuk menggantikan daging adalah cara yang baik untuk mengurangkan pengambilan terlalu banyak kolestrol dan lemak tepu.

Sumber: NST

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Baca Juga

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker