AutomotifGaya Hidup

Yamaha YZF-R15 V3 Bakal Tembusi Pasaran Malaysia?

Sudah dilancarkan di beberapa pasaran seperti India pada harga 1.25 juta rupee (RM7,620) dan Indonesia pada harga Rp35,200,000 (RM9,863), Yamaha R15 generasi ketiga kini dilihat sudah tiba di Malaysia.

Motosikal yang menjadi persoalan ramai orang ini walau bagaimanapun masih belum dilancarkan secara rasmi. Berkemungkinan motosikal ini sedang diuji sebelum dibenarkan untuk didaftar atas jalan Malaysia.

Tampil garang dan langsing menerusi rekabentuk fairing ramping yang mengetengahkan konsep berbilang lapis. Lampu depan dan belakang LED kini dilengkapi dengan lampu hazard yang menjadikan motor terlihat agresif selain boleh digunakan saat kecemasan.

Image result for yamaha all new r15 malaysia
All New R15 Versi India

R15 V3 ini adalah model paling kecil Yamaha yang menggunakan kod nama R dan ia dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 155 cc, DOHC sejukan cecair, dengan teknologi VVA dan mampu menghasilkan kuasa sebanyak 19.3 hp dan 15 Nm tork. Padanan transmisi yang digunakan adalah enam kelajuan, dan klac jenis slipper & assist diberikan secara standard.

Walaupun menggunakan enjin berkapasiti rendah, R15 V3 ini datang dengan kelengkapan sporty seperti tayar yang lebar – 00/80-17 di depan, 140/70-17 di belakang, cakera brek depan berdiameter 282 mm, panel instrumen LCD, kerangka Deltabox dan swingarm aluminium.

Rekabentuk panel hendal dan badan menyerlahkan gaya perlumbaan. Spidometer digital dilengkapi indikator anjakan gear dan boleh dilaraskan mengikut kesesuaian penunggang. Malah, pemilik boleh memasukkan identiti nama – enam huruf – pada LCD spidometer, termasuk beberapa fungsi lain yang informatif.

Image result for yamaha all new r15 malaysia

SPESIFIKASI YAMAHA YZF-R15 V3.0

  • ENJIN: Penyejukan cecair, 4-lejang, SOHC, 4-injap, suntikan bahan api (Fi), silinder tunggal, petrol
  • KAPASITI ENJIN: 155.1cc
  • TRANSMISI: 6-kelajuan, klac multiplat jenis basah
  • CASIS: Frem Delta box
  • KUASA MAKS: 19.04hp @ 10,000rpm
  • TORK MAKS: 14.7Nm @ 8,500rpm
  • DIMENSI: panjang x lebar x tinggi : 1,990mm x 725mm x 1,135mm
  • TINGGI PELANA: 815 mm
  • JARAK RODA: 1,325 mm
  • BERAT: 137 kg
  • TANGKI: 11 Liter
  • TAYAR & RODA: 100/80-17M/C 52P (depan); 140/70-17M/C 66S (belakang); 17-inci, rim aloi, tidak bertiub (tubeless)
  • BREK: Cakera tunggal 282mm (depan); Cakera tunggal 240mm (belakang)
  • SUSPENSI: Teleskopik terbalik (USD) (depan); Monoshock (belakang)
  • LAMPU: Lampu depan & belakang LED, lampu signal kristal (kiri & kanan), lampu posisi
  • CIRI MUDAH & SELESA: Penghidup elektrik, pemijak kaki pembonceng, lampu nampak (pass light), tempat duduk terpisah, besi pemegang pembonceng, suis pemati enjin
  • KONSOL INSTRUMEN: Digital – Spidometer, takometer, meter trip, odometer, tolok minyak, indikator gear
  • BATERI: Bebas senggara, 3.5Ah (10H), 12V
  • WARNA: Racing Blue (biru), Matte Black (hitam), Matte Red (merah)

Sumber: Paultan / Pandulaju

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker