Bisnes & EkonomiTeknologi

TM Memperkenalkan Naik Taraf Internet Sehingga 10x

Semalam, TM telah mengumumkan naik taraf terbaru dan merupakan berita baik buat pengguna sedia ada dan pengguna baru Streamyx dan UniFi.

Beberapa plan baru diperkenalkan dengan harga langganan yang lebih murah dan berpatutan disamping kelajuan internet yang dipertingkatkan.

Berita baik untuk pengguna Unifi

Bagi pengguna sedia ada Unifi, TM menjanjikan naik-taraf kelajuan internet sehingga 10 kali ganda dengan kelajuan yang pelanggan sedang gunakan.

Kelajuan naik taraf yang dinyatakan oleh pihak TM adalah seperti berikut:

  • 20 Mbps ke bawah akan menerima naik taraf ke 100 Mbps.
  • 30 Mbps akan menerima naik taraf ke 300 Mbps.
  • 50 Mbps akan menerima naik taraf ke 500 Mbps; dan
  • 100 Mbps akan menerima naik taraf ke 800 Mbps.

Naik taraf akan mula beroperasi pada 15 Ogos ini. Namun begitu, kelajuan internet ini bergantung kepada lokasi dan ketersediaan internet tersebut.

Untuk pengguna baru yang ingin melanggan Unifi pula, terdapat satu plan dengan harga yang berpatutan dengan kelajuan yang baik.

TM memperkenalkan Unifi Basic Plan dengan harga RM79 sebulan berserta internet berkelajuan 30 Mbps yang menyasarkan pengguna berpendapatan rendah.

Pengguna Streamyx tidak dilupakan

Bagi pengguna Streamyx pula, pengguna boleh menaik taraf internet mereka kepada Unifi dengan harga langganan yang sama atau menerima kelajuan lebih pantas sehingga 2 kali ganda mengikut lokasi dan ketersediaan.

Pelan prepaid terbaru

Di dalam semua naik taraf yang diumumkan, Unifi juga bakal memperkenalkan Unifi Mobile Postpaid Plan yang hampir sama dengan pelan Webe mereka yang terdahulu.

Pengguna akan diberikan penggunaan tanpa had untuk panggilan, SMS dan kuota internet dengan hanya RM99 sebulan.

Pelan ini juga dibekalkan 10GB internet hot spot untuk digunakan bersama.

Dengan naik taraf ini, TM akan memberi manfaat kepada lebih 800,000 pengguna Unifi dan 350,000 pengguna Streamyx di dalam Malaysia.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker