Isu SemasaTempatan

Syarikat Telko Lebih Utamakan Keuntungan Daripada Perkembangan Negara?

Peruntukan Perkhidmatan Sejagat (USP) menjadikan ia mandatori untuk syarikat-syarikat telekomunikasi berlesen untuk membuat sumbangan sebanyak 6% atas keuntungan tahunan mereka kepada Tabung USP yang bertujuan untuk meningkatkan infrastruktur dan sambungan rangkaian di seluruh negara.

Menurut The Star, anggaran jumlah yang dikutip mencecah hampir RM15bil sejak ia dilancarkan.

Malangnya peruntukkan tersebut tidak digunakan sepenuhnya untuk membina rangkaian gentian optik di Malaysia.

Para pakar industri berkata penggunaan teknologi tanpa wayar adalah lebih luas berbanding talian tetap jalur lebar.

Jika rangkaian optik gentian digunakan, ia dapat memberi akses Internet bagi 10,000 sekolah di negara ini selain dapat menurun serta meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar dan juga kelajuan.

Kekurangan infrastruktur ini adalah kesilapan penggunaan dana USP kerana ia menjelaskan mengapa bandar-bandar kecil dan kawasan pedalaman Malaysia masih bergantung kepada pilihan tanpa wayar untuk mendapat akses jalur lebar apabila gentian optik merupakan pilihan yang lebih wajar.

Walaupun begitu, 80% rakyat Malaysia mempunyai akses kepada Internet, setara dengan negara maju lain, tetapi ia adalah disebabkan oleh penyedia perkhidmatan mudah alih. Hanya 9% daripada 7.6 juta rumah di negara ini menggunakan jalur lebar yang pantas.

Menurut CEO sebuah syarikat yang tidak mahu dikenali, syarikat telko tidak melihat pulangan pelaburan yang menguntungkan untuk menggali dan meletakkan gentian optik di bawah tanah.

Tambahnya lagi, syarikat lebih mengutamakan keuntungan daripada agenda nasional. Mereka wujud disebabkan keuntungan tersebut dan pemegang saham juga berpegang kepada pendapat yang sama.

Walau bagaimanapun, akses Internet / jalur lebar kini menjadi hak asasi manusia dan semakin penting pada zaman digitalisasi sekarang.

Dalam laporan Jun 2018, Pemantau Ekonomi Bank Dunia mengatakan bahawa akses kepada perkhidmatan jalur lebar tetap adalah prasyarat untuk memperkembangkan teknologi inovatif, terutamanya dalam bidang analisis data, Objek Rangkaian Internet (Internet of Things) dan kecerdasan buatan, dan bukan sahaja untuk perniagaan, tetapi juga untuk meluaskan perkhidmatan awam.

Kurang persaingan dilihat sebagai sebab mengapa harga perkhidmatan jalur lebar adalah tinggi dan kelajuan adalah rendah. Telekom Malaysia Bhd menguasai 92.2% pasaran Malaysia iatiu ketara perbezaan dengan syarikat terkemuka di negara lain.

Laporan Bank Dunia tersebut mengatakan bahawa dari segi harga bagi setiap Mbps, Malaysia berada pada kedudukan 74 daripada 167 negara untuk perkhidmatan jalur lebar tetap dan 64 daripada 118 untuk perkhidmatan jalur lebar fiber.

Perkara tersebut meletakkan Malaysia di belakang pesaing serantau seperti Vietnam dan negara-negara yang mempunyai tahap pembangunan ekonomi yang sama seperti Mexico dan Turki.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker