Sukan

Jurugambar Piala Dunia Terbit Gambar Menakjubkan Selepas Dijatuhkan Pemain Croatia

Para jurugambar mendapat tempat yang paling baik apabila berlangsungnya acara-acara besar, lebih-lebih lagi di Piala Dunia.

Tetapi di perlawanan separuh akhir di mana England tewas kepada Croatia, seorang jurugambar Agence France-Presse (AFP) mendapat lebih lagi daripada apa yang boleh seorang jurugambar harapkan.

Jurugambar Mexico, Yuri Cortez berada di tempat yang sempurna untuk jaringan kemenangan Mario Mandzukic di Moscow pada awal pagi Khamis.

Ianya benar-benar hebat, jurugambar itu berada di tengah-tengah pemain-pemain yang meraikan gol itu.

Ditugaskan di bahagian kanan gawang gol di mana pemain Juventus, Mandzukic menjaringkan gol kemenangan itu, di hadapan penyokong-penyokong Croatia, Cortez menjadi sebahagian daripada detik manis itu.

Mandzukic, penjaring kedua terbanyak di dalam sejarah Croatia, berlari ke bahagian tempat duduk penyokong-penyokong Croatia untuk meraikannya, terus ke arah Cortez.

Namun penyerang yang berbadan sasa itu ditolak oleh rakan sepasukannya yang turut meraikan kejayaan itu.

Tidak lama kemudian, mereka semua jatuh menjangkaui papan iklan, dan menarik Cortez jatuh sekali bersama mereka.

Ketua jurugambar AFP dari Mexico itu terbaring di atas padang, di bawah timbunan pemain Croatia yang turut disertai pemain seperti Mandzukic, pemain sayap Ante Rebic dan pemain tengah Ivan Rakitic.

Namun disebalik kekecohan itu, Cortez masih sempat menangkap gambar-gambar yang paling ‘candid’ yang dilihat sepanjang pertandingan ini berlangsung, menunjukan kegembiraan dan kegirangan di muka-muka pemain Croatia yang hanya beberapa inci dari lensa kameranya.

Bintang Barcelona Rakitic turut menjadikan Cortez sebahagian daripada mereka, menggosok kepalanya ketika dia sedang terbaring.

Cortez akhirnya dapat melepaskan diri tanpa sebarang kecederaan, walaupun beberapa orang pemain Croatia kelihatan risau akannya, sebelum dia dibantu untuk bangun oleh Mandzukic.

Pemain pertahanan Demagoj Vida turut mencium dahinya sebelum kembali ke atas padang dan memulakan semula perlawanan itu. Mandzukic pula bersalaman dengan Cortez.

“Saya sedang menukar lensa kamera saya apabila pemain-pemain itu menuju ke arah saya,” ujar Cortez.

“Mereka teruskan ke arah saya dan mereka jatuh di atas saya!

“Ia adalah saat yang gila, mereka sangat gembira. Kemudian mereka perasan bahawa saya berada di bawah mereka.

“Kemudian mereka bertanya sama ada saya ok. Seorang daripada mereka memungut lensa saya dan seorang lagi [Vida] memberikan saya ciuman.”

Jaringan kemenangan Mandzukic bermakna Croatia akan kembali ke Moscow untuk perlawanan akhir pada hari Ahad, pertama kali di dalam sejarah negara itu.

Ivan Perisic menyamakan kedudukan di separuh masa kedua, selepas sepakan percuma Kieran Trippier meletakkan England di depan.

Pasukan the Vatreni akan berdepan Perancis, seperti di separuh akhir Piala Dunia 1998, yang dimenangi oleh Perancis hasil dua jaringan Lillian Thuram.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker