Isu SemasaTempatan

YouTube Malaysia Jangka Lebih Banyak Kandungan Ciptaan Tempatan

Di Amerika, YouTube telah berkembang sehingga menjadi salah satu platform yang menerima lebih daripada 1 bilion tontonan setiap setiap hari.

Di Malaysia pula platform tersebut masih di peringkat permulaan dari segi bilangan tontonan. Namun, Google Malaysia optimistik pengguna Youtube di Malaysia akan terus meningkat disebabkan kandungan yang dimuat naik oleh pencipta video tempatan.

Ketua pemasaran Google Malaysia, Jon Day berkata kenyataan tersebut adalah berdasarkan sebuah tinjauan yang dilakukan baru-baru ini yang mendapati bahawa 70% daripada penonton di setiap lapisan masyarakat menggunakan YouTube setiap hari.

“Ia tidak mengambil kira platform dan usia,” katanya.

Beliau memetik pencipta kandungan YouTube seperti CharisOwTV yang mempunyai 79,474 pelanggan dalam kategori muzik dan juga saluran seni dan kraf SkyMagenta yang mempunyai 166,739 pelanggan.

Selain itu, The Sun Daily melaporkan bahawa saluran YouTube terkenal lain yang memberi fokus kepada gaya hidup adalah BabyAkiyo yang mempunyai 117,296 serta Zukie Mohammad yang mempunyai 205,450 pelanggan.

Beliau juga berkata penonton telah menggunakan Youtube sebagai satu medium untuk mendidik diri sendiri, iaitu satu arah yang bagus jika dibandingkan dengan video-video hiburan.

Tinjauan tersebut mengenal pasti empat jenis pelanggan Youtube iaitu profesional muda, pasangan, ibu bapa dengan anak-anak kecil serta ibu bapa dengan anak-anak yang lebih tua.

Tinjauan tersebut melibatkan 1,000 pengguna internet di Malaysia.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker