Sukan

Courtois Kecam Perancis Sebagai Pasukan Anti-Bola Sepak

Penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois sedikit pun tidak menyembunyikan kekecewaannya dengan corak permainan Perancis selepas pasukan the Red Devil itu tewas 1-0 kepada pasukan Les Bleus pada saingan separuh akhir Piala Dunia Rusia.

Courtois berang dengan corak permainan pasukan Perancis selepas mereka menjaringkan gol pertama yang dijaringkan Samuel Umtiti pada minit ke-51, serta menuduh anak buah Didier Deschamps itu bermain terlalu bertahan dan tidak langsung mencuba untuk mengukuhkan kelebihan mereka.

“Perancis menjaringkan gol kemudian tidak berbuat apa-apa melainkan bertahan,” ujar Courtois kepada sebuah rangkaian Belgium, Sporza yang dipetik dari the Guardian.

“Saya lebih rela kalah ketika menentang Brazil di peringkat suku akhir, sekurang-kurangnya mereka mahu bermain bola sepak.”

“Perancis hanya sebuah pasukan yang anti-bola sepak.”

Selepas ketinggalan, anak buah Roberto Martinez gagal untuk memecahkan tembok pertahanan Perancis walaupun lebih banyak memegang bola.

Lebih mengeruhkan keadaan, pemain muda sensasi Perancis, Kylian Mbappe dilayangkan kad kuning pada minit ke-92 kerana cuba melengah-lengahkan masa.

Walau bagaimanapun, pasukan Les Bleus lebih banyak membuat percubaan ke arah gol Belgium, dengan 19 perbuaan berbalas 9, dan dan 6 daripada percubaan itu dihalang oleh pemain pertahanan.

Rakan sepasukan Courtois di Chelsea, Eden Hazard juga menzahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap corak permainan lawannya itu.

Namun walaupun tewas, kapten pasukan Belgium itu tetap memuji kekebalan barisan pertahanan Perancis.

“Saya lebih suka kalah dengan pasukan Belgium ini, daripada menang dengan pasukan Perancis seperti itu.

“Tetapi mereka bertahan dengan baik dan sangat efisyen,” Ujar Hazard kepada surat khabar Het Nieuwsblad.

“Kami tidak menjumpai kelemahan mereka.

“Saat-saat ajaib yang diperlukan untuk menjaringkan gol tidak bersama kami.”

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Baca Juga

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker