Gaya HidupPercutian

Benarkah Desa Indah Houtouwan di China Berhantu?

Diselimuti dengan kehijauan alam, sebuah pekan hantu di China terletak di puncak tebing pinggir laut. Houtouwan atau “Back Bay” adalah sebuah desa nelayan yang ditinggalkan di timur pulau Shengshan, 90km dari pantai Shanghai.

Kumpulan-kumpulan kecil pelancong sering menembusi jalannya yang berlumpur dengan padang rumput tebal untuk merakam gambar berkabus dan mencari jawapan kepada soalan: Apa yang berlaku kepada kampung itu?

Related image

Pulau ini menarik pelancong dari tanah besar yang tertawan dengan keunikannya. Tumbuhan menjalar menghiasi beberapa bangunan tetapi kebanyakan rumah Houtouwan masih elok dengan jubin bumbung yang masih berkilat dan beranda rumah yang menawarkan pemandangan laut yang indah.

Untuk sampai ke Houtouwan, pengunjung perlu mengambil bot ke Shengshan kemudian mengambil teksi menelusuri bukit ke tanah perkuburan dan kemudian turun di jalan kecil yang berbahaya untuk berjalan kaki.

Kampung tersebut tidak ditinggalkan sepenuhnya. Lima orang penduduk masih tinggal di sana bersama anjing peliharaan mereka yang sering berkeliaran di rumah-rumah kosong.

Image result for houtouwan fishing village

Sun Ayue tinggal di sebuah rumah kecil di luar jalan utama. Bekas nelayan berusia 62 tahun itu mengingati zaman kegemilangan desa itu.

China adalah negara nelayan terbesar di dunia. Tetapi undang-undang peraturan nelayan yang lemah telah menyebabkan penurunan dalam stok ikan. China kemudian mengenakan  sekatan ke atas operasi penangkapan ikan pada akhir 1990-an untuk melindungi stok ikan daripada kekurangan bekalan.

Menurut Sun Ayue, kebanyakan 600 keluarga di kampung itu akhirnya meninggalkan Houtouwan kerana ia juga tidak mempunyai jalan dan sekolah.

Seorang lagi penduduk yang masih menetap di sana, Lin Fazhen membuka kedai pada tahun 1984 untuk memenuhi keperluan nelayan. Dia menjual rokok, alkohol, bekalan memancing, makanan, biskut dan buah yang diimport dari daratan.

Apabila penduduk berpindah, dia mula menanam sayur-sayuran seperti kubis, salad, saderi dan daun basil. Lin Fazhen kini mengusahakan lebih daripada 1,300 meter persegi tanah di kawasan yang ditinggalkan.

Related image

Lin yang telah lama menetap di Houtouwan terkejut apabila ditanya sama ada kampung itu berhantu.

“Orang ramai takut dan berkata hantu tinggal di sini, jadi ia dikenali sebagai kampung hantu. Saya telah lama tinggal di sini dan tidak pernah bertemu dengannya,” kata Lin.

Houtouwan adalah “mikrokosmos dari seluruh masyarakat Cina,” kata Zhao Yeqin, seorang profesor sosiologi bersekutu di East China Normal University di Shanghai.

Kampung tersebut mencerminkan trend penghijrahan dari kawasan pedalaman ke kawasan bandar seperti Shanghai, Shenzhen dan Guangzhou untuk mendapatkan kemudahan yang lebih baik. – Star2

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker