Gaya HidupKesihatan

7 Sebab Kenapa Kahwin Pada Usia Terlalu Muda Tidak Digalakkan Dari Sudut Perubatan

Apabila tular video seorang lelaki warga Malaysia berusia 41 tahun mengahwini kanak-kanak berusia di 11 tahun  warga Thailand yang juga merupakan isteri ketiganya, ramai netizen tidak bersetuju dengan perkahwinan tersebut.

Pihak kerajaan turut menyatakan kekesalan mereka terhadap kejadian yang berlaku dan memetik dari TheStar, YB Zuraida Kamaruddin menggesa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mengharamkan perkahwinan kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, keluarga kepada kanak-kanak perempuan itu telah dilepaskan daripada sebarang pertuduhan di Thailand kerana ibubapa kanak-kanak tersebut telah menjelaskan kepada pihak agama tempatan  Thailand bahawa dia tidak akan dibenarkan tidur bersama suaminya sehingga berusia 16 tahun.

Disebalik persoalan perkahwinan kanak-kanak, pakar perubatan turut memberi pendapat dari sudut perubatan kenapa perkahwinan di usia muda ini tidak dibenarkan dalam konteks hamil pada usia muda.

Perkara-perkara ini mungkin akan terjadi jika kehamilan di bawah usia 20 tahun berlaku:

1. Tekanan darah tinggi 

Bahaya pertama yang hadir ketika seseorang mengalami kehamilan di usia muda atau kira-kira dibawah 20 tahun adalah tekanan darah tinggi. Hal ini disebabkan kerana sel telur pada wanita yang berusia 20an belum kuat dan matang sempurna untuk mengalami kehamilan. Perkara ini akan menyebabkan tekanan darah kepada wanita muda meningkat.

Tekanan darah tinggi ini dapat menyebabkan seseorang mengalami pening kepala dan sakit yang berlebihan sehingga berpotensi untuk berlaku pendarahan.

2. Kecacatan fizikal bayi

Sel telur pada wanita di bawah 20 tahun belum terlalu sempurna sehingga boleh mengakibatkan proses pembelahan sel yang tidak sempurna. Oleh itu kecaacatan fizikal pada anak yang bakal dilahirkan boleh terjadi.

3. Meningkatkan risiko mendapat kanser serviks

Hal ini berhubungan erat dengan hubungan seksual yang dilakukan oleh wanita pada usia muda. Beberapa kajian telah mendapati semakin muda seseorang itu melakukan hubungan seksual,  maka risiko seseorang itu akan mendapat kanser rahim atau serviks adalah tinggi.

Kanser serviks yang dikenali sebagai pembunuh senyap ini hanya akan dapat dikesan setelah 10 – 20 tahun berkembang di dalam rahim.

4. Menyebabkan anemia saat kelahiran

Terutama pada saat kelahiran, keadaan tubuh yang masih terlalu kecil atau tidak kuat menahan kesakitan akan menyebabkan kemungkinan terjadinya kekurangan darah dan pendarahan. Perkara ini bahaya untuk ibu dan anak yang bakal dilahirkan.

5. Meningkatkan kemungkinan kelahiran bayi pramatang

Kelahiran bayi pramatang ini adalah apabila bayi lahir dibawah 37 minggu. Bayi pramatang mempunyai keadaan tubuh badan yang lemah dan mudah jatuh sakit sehingga boleh membahayakan nyawanya.

6. Meningkatkan risiko keguguran

Apabila muda, kemungkinan rahim seseorang itu belum matang dan bersedia untuk kehamilan adalah tinggi. Ini akan meningkatkan risiko untuk berlaku keguguran. Malah keguguran bukannya perkara yang mudah ianya juga akan diikuti oleh kesakitan yang teruk.

7. Terjadinya kemurungan

Sesebuah rumah tangga perlu ada jalinan yang kuat serta memahami keadaan pasangan masing-masing. Secara psikologinya jika seseorang itu belum matang, mereka masih dikawal emosi yang berlebihan.

Mereka yang berada pada usia 20 tahun ke bawah juga masih memiliki kecenderungan untuk bermain dan pada masa yang sama tanggungjawab untuk menjaga anak bukanlah hal yang mudah. Perkara ini akan mencetuskan kemurungan yang sukar untuk dikawal oleh seseorang.

 Sumber imej terencana: rappler.com

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker