FesyenGaya Hidup

5 Jersi Terbaik Piala Dunia Rusia 2018

Antara yang menjadi perhatian ketika musim Piala Dunia adalah seragam yang digayakan oleh pemain ketika di atas padang. Kebanyakan negara memilih untuk menghasilkan jersi mereka berdasarkan jersi yang pernah dipakai ketika Piala Dunia edisi terdahulu.

Berikut adalah 5 jersi terbaik untuk Piala Dunia edisi 2018 di Rusia:

5. Jepun

Related imagePasukan kebangsaan Jepun tampil dengan pakaian seragam yang sangat menarik untuk kejohanan musim panas kali ini. Baju berwarna biru gelap dengan jalur putus-putus berwarna putih di bahagian hadapan adalah inspirasi daripada baju perang samurai tradisional.

Dikenali sebagai Samurai Blue, baju ini mencerminkan negara Jepun: cantik, “sharp”, sofistikated, teliti dan berkaliber. Dengan kolar berbentuk V, baju ini tampak lebih kemas dengan bendera kecil Jepun di atas logo JFA pada bahagian atas dada.

4. Croatia

Related imageTidak banyak pasukan yang mempunyai corak uniform seperti Croatia. Baju seragam itu diilhamkan dari jata bendera negara. Pada tahun 1998, Croatia memenangi tempat ketiga Piala Dunia dengan seragam berwarna biru gelap yang turut mempunyai corak petak merah-putih di bahagian tepi baju sahaja.

Tetapi perubahan yang dilakukan dengan memilih warna merah sebagai warna utama yang diselang-selikan dengan petak-petak putih, seragam kali ini berjaya memukau mata penonton kerana kelihatan lebih berani.

3. Sepanyol

Image result for spain 2018 world cup kitPemenang Piala Dunia 2010 kelihatan bergaya dalam Piala Dunia tahun ini dengan seragam “tribute” kepada jersi yang dipakai pada tahun 1994. Perbezaan utama seragam kali ini adalah bahawa ia tiada kolar dan corak warna biru di bahagian atas ditukar dengan warna ungu.

Sepanyol bertanding pada peringkat suku akhir pada 1994 yang merupakan satu kemunculan terbaik sebelum memenangi Piala Dunia di Afrika Selatan 16 tahun kemudian.

2. Belgium

Image result for belgium 2018 world cup kitAnda mungkin tidak biasa untuk melihat corak geometri pada jersi, tetapi tahun ini Belgium mencipta semula jersi yang pernah digayakan pada European Championship 1984.

Dihasilkan oleh Adidas, seragam Belgium kelihatan menarik dengan percikan geometri kuning-merah merentasi bahagian dada pada baju merahnya.

1. Nigeria

Related imageSekiranya kemenangan Piala Dunia berdasarkan seragam, Nigeria pastinya membawa pulang trofi itu ke benua Afrika. Kerana kecantikan jersi itu, ia berjaya dijual hanya dalam masa beberapa minit selepas dilancarkan.

Jersi Super Eagles itu diilhamkan daripada jersi 1994 yang dihasilkan oleh Nike, yang mempunyai corak sayap hitam dan putih pada lengan bahu. Hijau yang digunakan oleh Nike pada tahun 1994 sedikit lebih gelap, dan untuk tahun ini ia digantikan dengan warna hijau limau. Tidak dinafikan, Nigeria mempunyai pakaian terbaik dalam Piala Dunia di Rusia.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker