AntarabangsaAsiaIsu Semasa

Sri Lanka Ikut “Jejak Langkah” Filipina Dalam Memerangi Dadah

Hari ini, kerajaan Sri Lanka telah mengumumkan bahawa ia akan mula pelaksanaan hukuman gantung sampai mati ke atas pengedar-pengedar dadah.

Ia merupakan sebahagian daripada ikar kerajaan negara itu untuk “mencontohi kejayaan” kempen perang dadah yang diperkenalkan oleh Presiden Rodrigo Duterte di Filipina.

Memetik laporan AFP, langkah ini juga menamatkan ‘larangan sementara’ terhadap hukuman mati yang telah dikuatkuasakan lebih daripada setengah abad di negara itu.

Menurut Presiden Sri Lanka, Rajitha Senaratne, beliau juga sudah “bersedia untuk menandatangani waran kematian” bagi pesalah-pesalah dadah yang pernah melakukan kesalahan itu dan masih tidak serik.

“Mulai saat ini, kami akan menggantung pesalah dadah tanpa mengurangkan hukuman yang dikenakan,” katanya.

Difahamkan, Sri Lanka telah menggantikan hukuman mati kepada penjara seumur hidup bagi jenayah-jenayah berat sejak tahun 1976 lagi.

Senaratne berkata, terdapat 19 pesalah dadah yang terlepas daripada hukuman mati dan sebaliknya dikenakan penjara seumur hidup.

Namun, masih tidak jelas sama ada kesemua pesalah itu akan dikecualikan untuk digantung atau tidak.

Sementara itu, beliau turut mendedahkan bahawa terdapat sebuah kes di mana seorang pengedar dadah yang disabitkan bersalah masih berhubung dengan anggota-anggota sindiketnya dan mengatur import 100 kilogram dadah jenis heroin daripada dalam penjara.

Oleh yang demikian, kerajaan Sri Lanka ‘terinspirasi’ dan memutuskan untuk mengikuti jejak langkah Filipina dalam memerangi gejala dadah dengan melibatkan pihak tentera.

“Kami dimaklumkan bahawa Filipina telah berjaya untuk menangani masalah ini (dadah) dengan mengerahkan tentera.

“Kami akan cuba meniru kejayaan mereka,” ujar Senaratne.

Kempen perang dadah Duterte telah mengorbankan lebih daripada 4,200 suspek dadah yang dilaporkan “melawan ketika ditahan” oleh polis.

Walau bagaimanapun, kumpulan hak asasi manusia mendakwa bahawa jumlah kematian sebenarnya adalah tiga kali ganda lebih banyak daripada angka tersebut dan ia boleh diklasifikasikan sebagai jenayah terhadap kemanusiaan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker