Sukan

Rooney Puji Kemaraan England: “Kami Percaya!”

Penjaring terbanyak England dan Manchester United, Wayne Rooney memuji usaha “terbaik” England di pentas Piala Dunia, dan percaya pencapaian mereka untuk sampai ke separuh akhir di Rusia telah memberi inspirasi kepada negaranya.

Rooney dilihat menghadiri majlis meotong reben untuk pembukaan stadium baharu DC United yang berharga AS$200 juta, di mana penyerang berusia 32 tahun itu memulakan kariernya di Major League Soccer (MLS) menentang Vancouver.

“Mereka melakukan dengan baik sekali. Harapnya kami dapat memenanginya,” ujar Rooney.

“Ianya hebat sekali. Anda merasakan suasana di sini (England). Terdapat berbilion orang menontonnya. Harap-harap kami dapat melepasinya dan mara ke pusingan akhir.”

Pengurus England, Gareth Southgate bakal berdepan Croatia pada awal pagi Khamis untuk pusingan separuh akhir untuk menemoah tempat di pusingan akhir menentang sama ada Perancis atau Belgium.

“Kepada para pemain dan Gareth, saya mengucapkan selamat berjaya. Mereka sedang membuatkan kita semua bangga,” tambah Rooney lagi.

“Harap-harap mereka dapat mara selangkah lagi dan layak ke pusingan akhir dan membawa piala itu pulang.

“Saya sedang menikmati keterujaan ini. Kita semua sedang menikmatinya dan kami percaya.”

DC United, yang memenangi liga MLS pada tahun 2004, sedang melalui rekod terburuk mereka, dengan 2 menang, 5 seri dalam 14 perlawanan.

Namun terdapat harapan baharu buat Rooney dengan pembukaan stadium Audi Field yang mampu memuatkan 20,000 penonton.

“Saya tidak sabar menunggunya, saya ternanti-nantikannya,”

Rooney akan berpindah secara rasmi dari Everton pada hari Selasa apabila jendela perpindahan dibuka dan akan menandatangani kontrak selama 3 tahun yang bernilai AS$13 juta bersama DC United.

Rooney yang memakai sut hitam dengan logo DC United, berterima kasih kepada peminat yang datang berkumpul di stadium itu.

“Pada hari pertama saya mendarat di Lapangan Terbang Dulles, sambutan yang anda berikan kepada saya adalah sesuatu yang saya tidak akan lupakan,” tambah Rooney.

“saya datang ke sini untuk membantu pasukan ini menang, untuk melangkah ke hadapan dan harapnya selepas beberapa tahun, kita dapat memperbaiki kedudukan kita di dalam liga dan dapat memenangi piala dan membawanya pulang ke stadium yang baharu ini.”

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker