Sukan

Ronaldo Sah Milik Juventus

Sesuatu yang mustahil telah berlaku.

Real Madrid mengesahkan Cristiano Ronaldo akan berpindah ke Juventus, dengan mengumumkan mereka telah bersetuju untuk melepaskan pemain berusia 33 tahun itu untuk menyertai the Bianconeri.

Madrid berkata di dalam satu kenyataan ia menerima permintaan pemain itu untuk meninggalkan ibu kota Sepanyol itu dan ke Juventus.

Juventus kemudiannya mendedahkan Ronaldo telah menandatangani kontrak selama 4 tahun, dengan yuran perpindahan sebanyak €100 juta yang akan dibayar secara dua kali ansuran sepada Madrid, dan tambahan €12 juta bayaran tambahan serta komisyen.

Ronaldo dijangka akan menerima gaji sebanyak €30 juta setahun selepas cukai. Jumlah keseluruhan perpindahan itu dijangkan akan mencecah €340 million termasuk yuran perpindahan, gaji serta cukai.

Ronado yang menyertai pasukan Los Blancos pada 2009 dari Manchester United dengan yuran perpindahan sebanyak €94 million, memperolehi empat piala Liga Juara-Juara, tiga Piala Kelab Dunia, dua kejuaraan La Liga dan dua Piala Sepanyol di dalam 9 tahun beliau di Santiago Bernabeu.

Beliau juga turut memintas Raul sebagai penjaring terbanyak kelab itu, dengan 451 gol di dalam 438 perlawanan.

Ronaldo menguatkan lagi khabar angin perpindahan itu sejurus selepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara apabila beliau berkata “Amat baik untuk berada di Real Madrid.”

Khabar angin perpindahan itu bermula apabila Ronaldo mengaku tidak bersalah di dalam perbicaraan kes elak cukai. Beliau dilaporkan telah mencapai persetujuan bersama pihak berkuasa untuk menyelesaikan perkara itu sebelum perlawanan pertama Portugal di Piala Dunia.

Terdapat juga laporan mengatakan hubungan di antara presiden Madrid, Florentino Perez dan Ronaldo semakin renggang. Mereka berdua tidak dapat mencapai persetujuan berkenaan pembaharuan kontrak Ronaldo yang bakal tamat pada tahun 2021.

Juventus yang menghidu perbalahan itu mengambil keputusan untuk menyambar Ronaldo. Sky Sport Italia melaporkan pada awal bulan ini bahawa Juventus boleh memenuhi permintaan Ronaldo.

Kelab itu kemudian berhubung rapat dengan super-ejen Jorge Mendes yang sebelum ini berjaya menarik Joao Cancelo dari Valencia ke Juventus pada minggu-minggu sebelum itu, dan mendapatkan kata putus Ronaldo.

Malah president kelab, Andrea Agnelli, turut terbang ke Greece, di mana Ronaldo sedang bercuti untuk melengkapkan terma persendirian Ronaldo..

Ketibaan Ronaldo di Juventus menandakan kebangkitan kelab itu dariapda debu-debu skandal mengatur perlawanan yang menjadi punca kejatuhan mereka ke divisyen kedua pada 2006.

Juventus membuka stadium pertama persendirian pertama di Itali pada 2011, dan sejak itu keuntungan mereka semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Tanda pertama kekuatan kewangan Juventus hadir pda tahun 2016 apabila kelab itu menyambar Gonzalo Higuain daripada Napoli dengan yuran perpindahan dilaporkan sebanyak €90 juta. Beliau menjadi pemain termaha Juventus dengan gaji tertinggi pada €7.5 juta setahun selepas cukai.

Walau bagaimanapun, Ronaldo kini akan memintas bekas rakan sepasukannya di Madrid itu di kedua-dua aspek.

Ianya masih tidak jelas jika 7 kali juara bertahan Serie A itu perlu menjual mana-mana pemain untuk mengurangkan bebas kewangan yang disebabkan perpindahan Ronaldo itu.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker