HiburanWayang

Review Filem: The Circle – Hak Privasi di Media Sosial

Sejauh mana anda boleh berkongsi dan mendedahkan privasi anda di dalam media sosial?

The Circle menceritakan bagaimana sebuah syarikat teknologi media sosial mampu memanipulasi maklumat pengguna akaun untuk pelbagai tujuan.

Filem tahun 2017 ini diarahkan oleh James Ponsoldt dan ia berdasarkan karya novel Dave Eggers pada tahun 2013 dengan tajuk yang sama.

Emma Watson memegang watak utama filem ini sebagai Mae Holland dan dibantu oleh beberapa pelakon hebat lain seperti Tom Hanks, John Boyega, Patton Oswalt, dan Karen Gillan.

KEHIDUPAN DI THE CIRCLE

Mae Holland telah diterima bekerja di sebuah organisasi syarikat teknologi media sosial dikenali sebagai The Circle.

Ia merupakan sebuah organisasi media sosial dan perkhidmatan rangkaian sosial yang sangat popular.

Pengasas The Circle, Eamon Bailey (Hanks) dan Tom Stenton (Oswalt) menggunakan teknologi mereka bagi melihat dan mengumpul maklumat kehidupan orang ramai melalui SeeChange, iaitu satu program kamera kecil yang dipasang di merata tempat bagi memberi maklumat secara langsung.

Satu hari, Mae mengalami satu kemalangan namun dia diselamatkan oleh polis pantai atas laporan yang diterima melalui SeeChange.

 

Eamon Bailey, Mae Holland dan Tom Stenton – The Circle | EuropaCorp

Menggunakan insiden ini, Eamon dan Tom mula nampak kehebatan SeeChange dan menawarkan Mae melalui satu eksperimen dimana Mae perlu memakai satu kamera pada dirinya dan menyiarkan semua aktivitinya di dalam The Circle.

Pada awalnya, SeeChange dilihat membantu Mae, namun lama kelamaan program ini mula mendedahkan privasinya secara tidak terkawal dan orang disekelilingnya mula menjauhkan diri.

PRIVASI HAK INDIVIDU

Adakah berkongsi maklumat privasi diri sendiri itu pilihan atau keperluan?

Jika dilihat melalui The Circle, privasi adalah hak individu dan ia terletak pada diri sendiri untuk berkongsikannya dengan umum atau tidak.

 

The Circle | EuropaCorp

Sedar atau tidak maklumat yang didedahkan di media sosial boleh digunakan dengan baik atau disalah guna individu tidak bertanggungjawab.

Ia adalah sesuatu yang menakutkan apabila niat yang baik berkongsi di media sosial boleh disalah anggap seterusnya digunakan untuk bukti bagi menjatuhkan individu itu sendiri.

THE CIRCLE MERUPAKAN FILEM WAJAH PENGGUNA MEDIA SOSIAL

Biarpun filem ini mengutip box office sekitar AS$20 juta, The Circle menerima banyak respon dan kritikan negatif.

Ramai mengatakan filem ini mempunyai pengakhiran yang tergantung disebabkan banyak babak dan maklumat penting dibuang untuk memenuhi sebuah waktu tayangan filem.

RATING TOODIA: ★★★☆☆

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker