Gaya HidupKesihatan

Memahami Penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD)

Sebanyak 13 buah tadika, sebuah taska dan pusat jagaan kanak-kanak di Pulau Pinang ditutup sementara selama 10 hari susulan penularan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Wan Mansor Hamzah berkata, turut ditutup adalah dua kelas di dua buah sekolah rendah di George Town.

Menurut Wan Mansor, Pulau Pinang mencatatkan sebanyak 1,679 kes HFMD sejak Januari 2018 iaitu peningkatan sebanyak 56.47 peratus berbanding 1,073 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Apakah Punca HFMD?

Penyakit kaki, tangan dan mulut merupakan penyakit yang sering menyerang kanak-kanak tetapi boleh juga berlaku kepada orang dewasa.

Ia merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan jangkitan virus. Penyebab kepada penyakit ini adalah disebabkan 2 jenis virus iaitu virus Coxsackie dan virus enterovirus.

Virus coxsackie sangat mudah menjangkiti orang lain. Ia boleh merebak dengan cara sentuhan kepada cecair daripada mulut dan hidung pesakit yang dijangkiti virus tersebut.

Virus tersebut akan masuk ke dalam saluran limfa melalui kulit dibahagian mulut dan lapisan usus. Daripada saluran limfa itu ia akan merebak ke kalenjar limfa dan masuk ke dalam darah. Kemudian, virus akan merebak ke seluruh badan terutamanya kawasan kulit dan lapisan mulut. Disitulah, ruam penyakit kaki, tangan dan mulut akan terbentuk dan virus itu bersedia menjangkiti orang lain.

Apakah Simptom HFMD?

Sebelum pesakit mempunyai ruam dan ulser, pesakit akan masuk ke dalam fasa prodrome iaitu fasa dimana pesakit akan mempunyai simptom seperti:

  • Demam yang tidak tinggi(suhu 38.2 darjah celcius)
  • Kurang selera makan
  • Sakit perut
  • Batuk
  • Sakit mulut
  • Ulser dalam mulut

Selepas itu, ulser akan timbul di dalam mulut dan diikuti dengan ruam pada kaki dan tangan. Ruam pada kaki dan tangan selalunya akan timbul selama 5-10 hari.

Selain daripada itu, pesakit juga mungkin mempunyai simptom cirit-birit dan muntah-muntah jika dijangkiti virus jenis enterovirus.

Apakah rawatan HFMD?

Disebabkan penyakit kaki, tangan dan mulut ini merupakan penyakit yang disebabkan virus dan boleh baik dengan sendirinya, maka rawatan penyakit ini lebih kepada rawatan sokongan.

Beberapa perkara yang perlu dibuat untuk menghadapi pesakit ini adalah:

  1. Perlu selalu memberi minum air. Ini kerana kita tahu terutamanya kanak-kanak akan kurang minum air ketika menghadapi penyakit ini. Ia boleh menyebabkan dehidrasi berlaku pada kanak-kanak.
  2. Ais krim boleh mengurangkan sakit pada ulcer. Jika anak mempunyai ulcer yang teruk, pemberian aiskrim dapat mengurangkan sakit pada ulcer malah menggembirakan mereka. Disamping itu, pemberian air kosong boleh dilakukan ketika ini.
  3. Penggunaan ubat parcetamol boleh mengurangkan rasa sakit dan demam.
  4. Ubat titis untuk mengurangkan sakit juga boleh didapati daripada klinik dan farmasi terdekat.
  5. Jika pesakit mempunyai simptom yang lebih teruk, ibubapa perlulah membawa anak mereka keĀ  Klinik ataupun hospital.

Sumber: TheDiagnosa

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker