Teknologi

Generasi Milenium Mahu Jual Data Peribadi?

Pengguna di seluruh dunia menyedari bahawa Facebook dan empayar talian Google dibina berdasarkan data yang mereka tandatangani tanpa sebarang pampasan kewangan.

Kebocoran dan penggunaan data peribadi yang tidak dibenarkan dan tidak sah menjadi isu utama dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Sebaik sahaja kebocoran maklumat berlaku, pengguna akan diganggu oleh panggilan jualan, iklan dan juga penipu.

Untuk mengatasi masalah ini, Alice Liogier, pelajar siswazah berusia 23 tahun dari Paris sedang mengkaji penggunaan maklumat peribadi komersial dan telah mencapai satu kesimpulan kontroversi: Jika orang benar-benar memiliki data mereka, maka mereka perlu dibenarkan untuk menjualnya.

Revolusi besar era penggunaan data

Pemilikan data yang sebenar bermakna mempunyai semua maklumat anda dari idea politik, ke pilihan penjagaan kulit dan rekod perubatan di satu tempat supaya anda boleh menentukan siapa yang dapat mengaksesnya.

Ini bermakna apabila seseorang menjual datanya, pihak yang membeli akan dapat mengakses maklumat tersebut dan menghantar iklan bersasar atau individu terbabit boleh menyimpannya secara peribadi. Tujuannya adalah untuk mempunyai kawalan ke atas data peribadi sendiri.

Untuk mengawal trend ini, Facebook sedang mempertimbangkan untuk menawarkan versi percuma perkhidmatannya kepada pelanggan yang bersedia membayar untuk data mereka.

Kajian Cambridge University mendapati bahawa selepas 300 “likes”, Facebook akan lebih mengenali keperibadian pengguna lebih daripada pasangan mereka sendiri.

Penggerak pertama

Pada masa ini, kurang daripada satu dalam enam orang berkata mereka mungkin akan menjual data mereka dalam kaji selidik global sikap pengguna yang diterbitkan oleh ForgeRock pada bulan Mac.

Tetapi kajian itu menunjukkan orang yang lebih berpengetahuan tentang hak privasi data mereka, akan mempertimbangkan tentang cadangan menjual data peribadi.

The Star melaporkan bahawa generasi syarikat berteknologi terkini telah membangunkan model yang akan membolehkan pengguna menjual data mereka.

People.io yang berpangkalan di London membayar pengguna untuk data mereka dan menghantar iklan yang bertepatan dengan kriteria peribadi mereka.

Pasukan kajian di Paris serta pasukan AS di university Stanford dan Columbia sedang berusaha untuk membangunkan model penilaian yang akan membolehkan orang ramai menjual maklumat mereka.

Tetapi Liogier bertaruh bahawa kemajuan teknologi ini akan bercanggah dengan golongan konservatif budaya. Malah Liogier sendiri masih bercanggah pendapat dengan rakan-rakannya.

“Mindset kita mungkin tidak bersedia untuk anjakan ini tetapi ini adalah realiti masa kini. Data kita adalah hak milik kita,” ujarnya.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker