Budaya

Di Bazoule, Buaya Dianggap Suci Dan Bukan Satu Ancaman

Menurut lagenda penduduk kampung Bazoule, buaya dianggap sebagai haiwan suci dan bukan satu ancaman.

Kisah lagenda mengatakan bahawa pada zaman dahulu kampung terpencil di Burkino Faso, yang terletak kira-kira 30km dari ibu kota Ouagadougou, dilanda kemarau teruk.

Pada suatu hari, seekor buaya telah membawa seorang wanita ke sebuah kolam tersorok di mana orang-orang kampung boleh menggunakannya untuk menghilangkan dahaga.

Sejak kejadian tersebut, setiap tahun penduduk Bazoule menyambut satu perayaan yang dikenali sebagai Koom Lakredi di mana penduduk kampung melakukan pengorbanan dan meminta buaya untuk menjaga kesihatan, kemakmuran dan memberi musim tuai yang baik.

Sumber: AFP

Jadi tidak pelik jika melihat penduduk di sana berenang dan bermain dengan haiwan yang dianggap berbahaya itu.

“Buaya tersebut dilihat sebagai jiwa nenek moyang kita dan jika salah satu daripadanya mati, ia dikebumikan seolah-olah ia manusia,” kata Pierre Kabore.

“Apabila kemalangan dijangka berlaku di kampung, ia akan menangis. Orang-orang tua di kampung akan menafsirkan tangisan itu, dan kemudian membuat doa untuk mengelak daripada nasib buruk berlaku.”

Hubungan luar biasa antara manusia dan buaya di kampung itu telah menarik kehadiran ramai pelancong yang tidak mempercayainya.

Industri pelancongan telah menghasilkan rezeki besar buat penduduk kampung Bazoule, tetapi pemberontakan jihad sejak tiga tahun lalu telah memberi kesan yang buruk.

Setakat ini, Ouagadougou telah diserang tiga kali.

“Kami boleh mendapat lebih daripada 10,000 pengunjung setiap tahun tetapi pada masa ini, ia tidak lebih daripada 4,000 atau 5,000,” kata Raphael Kabore, salah seorang pemandu pelancong.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker