Gaya HidupKecantikan

Tip Kecantikan Untuk Pagi Yang Sibuk

Setiap wanita mahu melangkah keluar dari rumah dengan kelihatan sempurna. Tetapi realitinya ialah dengan anak-anak, kerja dan rumah untuk diuruskan, anda lebih cenderung untuk keluar dari rumah dengan wajah yang kurang berseri.

Mengetahui beberapa tip untuk bersiap dengan mudah boleh memastikan anda kelihatan rapi walaupun menghadapi pagi yang sibuk.

Rawat wajah lesu anda

Mata yang bengkak dan muka pagi yang kelihatan lesu adalah norma apabila anda tidur lewat malam. Tetapi ada cara untuk membuatkan wajah anda kelihatan segar dan seperti mendapat tidur yang cukup.

Buka peti sejuk anda untuk dapatkan ais dan gosokkannya pada kawasan bawah mata anda. Ini akan meningkatkan peredaran pada wajah dan membantu mengurangkan bengkak. Untuk hasil yang lebih baik, simpan krim mata dan pelembap di dalam peti sejuk dan sapukan pada wajah anda pada waktu pagi.

Keringkan rambut dengan cepat

Adakah anda membasuh rambut pada awal pagi? Jangan buang masa mengeringkan rambut anda dengan tuala, terutama jika anda mempunyai rambut kerinting.

Tuala sebenarnya bukan bahan penyerap yang baik untuk digunakan pada rambut basah. Pilihan yang lebih baik adalah mengelap rambut anda dengan t-shirt kapas. Kemudian, gunakan sehelai lagi t-shirt kapas untuk membalut rambut anda semasa bersolek. Anda akan dapat menyelesaikan dua perkara hanya dalam satu masa!

Dilema deodoran

Bayangkan anda melangkah keluar dari bilik mandi dan mendapati botol deodoran kosong. Jangan panik. Anda tidak perlu keluar dari rumah dengan kebimbangan peluh dan bau badan.

Anda cuma perlu ke dapur dan ambil sedikit baking soda dan letakkan di bawah lengan. Ia mungkin tidak mempunyai bau yang segar tetapi ia akan menjadikan anda bebas bau untuk hari itu.

Pastikan gincu tahan lama

Sebelum anda melangkah keluar rumah, cubalah tip ini untuk membuatkan lipstick anda tahan lama. Pegang kertas tisu di atas bibir anda dan sapukan sedikit bedak serbuk di bahagian atas tisu  dengan berus mekap. Gincu anda akan bertahan lebih lama dan menjimatkan masa anda.

Dapatkan bulu mata yang lentik

Siapa yang tidak menginginkan bulu mata tebal dan lentik, tetapi walaupun anda mempunyai maskara yang mahal, anda mungkin tiada masa untuk melentikkan bulu mata dengan pengepit.

Caranya adalah dengan hanya menyapukan bedak serbuk pada bulu mata anda sebelum memakai maskara dan anda mempunyai bulu mata yang lebih tebal dan lebih jelas.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker