Isu SemasaTempatan

Sidang Kemuncak ASEAN Disruptive Leadership (ADLS2018) Ingin Industri Kekal Inovatif

ASEAN Disruptive Leadership Summit (ADLS2018) telah berjaya dilangsungkan buat julung kalinya semalam dan dihadiri oleh Ybhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara.

Sidang kemuncak ini bertujuan untuk mengetengahkan topik mengenai ‘disruptive leadership’ atau gangguan kepimpinan. Gangguan kepimpinan di dalam mana-mana industri disifatkan sebagai perubahan positif supaya kekal inovatif dan relevan.

Ia dianjurkan oleh Country Heights Holdings Berhad bersama Shapers Malaysia Sdn. Bhd. dan membawa kumpulan penceramah terunggul yang merupakan pakar dalam ‘disruptive leadership’ kerana berjaya membawa perubahan yang melonjakkan industri dan mencipta standard baharu.

Pakar-pakar yang dijemput untuk memberi ceramah tentang gangguan kepimpinan adalah Marc Randolph, pengasas bersama Netflix; Sarah Robb O’Hagan, bekas presiden global Gatorade yang juga telah tersenarai sebagai salah satu ‘Wanita Paling Berkuasa dalam Sukan’, Majalah Forbes; Ram Charan, penasihat perniagaan terkenal dan penulis yang telah dinamakan oleh majalah Fortune sebagai ‘Konsultan Paling Berpengaruh’; Jon Steinberg, bekas presiden BuzzFeed serta Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Cheddar Inc; dan Scott Deming, pakar pembinaan jenama serta penulis ‘The Brand Who Cried Wolf’ dan penasihat kepada syarikat Fortune 500.

Dengan perniagaan inovatif seperti AirBnB, Uber dan Netflix, yang berjaya mentransformasikan industri mereka, perniagaan lain juga perlu mengikut perubahan teknologi yang semakin berkembang dan melepasi jangkaan pelanggan supaya terus maju.

Menurut Shapers, misi ADLS2018 adalah untuk menyumbang kepada penciptaan idea, kepimpinan, promosi dan pembinaan jenama, menguruskan kegagalan, serta pemasaran viral di dalam talian.

Seramai 1,946 delegasi termasuk pelajar dan kakitangan awam yang ditaja oleh Tan Sri Lee Kim Yew, pengasas dan pengerusi Country Heights Holdings, telah menghadiri sidang kemuncak ini.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker