Isu SemasaSains

Seorang Saintis Sedang Mencari DNA Raksasa Loch Ness

Seorang saintis dari Universiti of Otago, New Zealand telah terbang ke tasik yang dikenali dengan penghuni raksasa Loch Ness di Scotland untuk mengambil sampel air dengan harapan dapat menemukan “makhluk” yang belum ditemukan sebelum ini.

Neil Gemmell berkata niat mencari DNA raksasa Loch Ness ini timbul kerana lebih 1000 orang berkata mereka pernah menyaksikan raksasa ini muncul di permukaan. Oleh itu beliau percaya terdapat sesuatu yang menakjubkan di sana.

Walau bagaimanapun, misi sebenarnya bukanlah 100% terhadap DNA makhluk tersebut tetapi projek beliau lebih bertumpu kepada membuat ujian persekitaran menggunakan teknik DNA untuk memahami alam sekitar dunia.

The Loch Ness Project

Seorang warga tempatan, Adrian Shine berkata penemuan Gemmell bakal memberi sumbangan yang besar terhadap projeknya tersendiri iaitu The Loch Ness Project.

“Saya pasti terdapat spesies yang belum pernah ditemui di dunia akan dijumpai di sini tetapi kemungkinan besar perkara tersebut ialah bakteria,” ujar Shine.

Pelbagai teori tentang kemunculan raksasa Loch Ness ini wujud sejak 1,500 tahun lamanya. Daripada kuda laut yang boleh ubah bentuk fizikal, salah satu haiwan yang masih terselamat dari zaman dinosaur, sehingga ke batang kayu yang besar dan hanya ombak kecil yang muncul dek kerana angin.

Tetapi Shine berkata sebenarnya apa yang kita lihat dan tidak dapat fahami adalah raksasa Loch Ness.

Penampakan Loch Ness Masih Dilaporkan Sehingga Kini

Sehingga kini masih ada yang melaporkan ternampak kelibat raksasa Loch Ness di tasik tersebut.

Menurut laman rasmi penampakan Loch Ness, kali terakhir laporan kelibat Loch Ness ialah pada 1 Jun 2018.

Natalie Hodgson dan keluarganya dari Yorkshire sedang bercuti dan melihat munculnya kepala haiwan yang tidak dikenali naik ke permukaan air pada jam 10.30 malam di Highland Lodges holiday park.

Anak perempuan mereka sempat mengambil gambar apabila “haiwan” tersebut berada pada kedudukan yang sama untuk beberapa minit sebelum menghilang.

Gambar yang diambil oleh anak perempuan Natalie Hodgson. Sumber Gamber: lochnesssightings.com

Walaupun tidak begitu jelas di dalam gambar tetapi ramai yang percaya terdapat makhluk misteri di dalam tasik berkenaan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker