Isu SemasaTempatan

Semua Hospital Kerajaan Bakal Mempunyai Pusat Penjagaan Kanak-Kanak

Berita tentang kematian adik Adam Rayqal Mohd Sufi telah mencetuskan kebimbangan ramai ibu bapa mengenai nasib anak mereka di bawah penjagaan pengasuh.

Ramai ibu bapa zaman sekarang perlu bekerja untuk menampung kos sara hidup dan terpaksa meletakkan tanggungjawab menjaga anak kepada orang lain.

Sebagai usaha untuk meringankan beban ibu bapa, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan pusat penjagaan kanak-kanak di semua hospital dan istitusi perubatan kerajaan supaya kakitangan hospital boleh meninggalkan anak mereka di sana ketika bertugas.

Walau bagaimanapun, pusat penjagaan tersebut adalah untuk bayi yang berusia sehingga enam bulan, kata Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan.

“Kami membuat keputusan ini kerana kami ingin memastikan kehilangan anak salah seorang daripada rakan sekerja kami tidak akan berlaku lagi.

“Kami amat sedih dengan kejadian tersebut dan saya amat bertekad untuk menyediakan persekitaran kerja yang terbaik untuk kakitangan.

“Dengan adanya pusat penjagaan kanak-kanak di hospital dan institusi perubatan, ia akan memberikan kakitangan kami ketenangan fikiran,”

Beliau merujuk kepada kematian Adam Rayqal, berusia lima bulan, yang ditemui mati di dalam sebuah peti sejuk di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Gombak.

Yang lebih menyedihkan, ibu Adam Rayqal sedang bertugas sebagai jururawat di Hospital Kuala Lumpur ketika mayat anaknya dibawa masuk untuk dibedah siasat.

Menurut The Star, setakat ini terdapat 144 hospital dan institusi perubatan di negara ini dan hanya 35 daripada itu mempunyai pusat penjagaan kanak-kanak.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker