AntarabangsaAutomotifPercutian

Kereta Api Hello Kitty Pikat Pelancong

Kereta api berkelajuan tinggi yang bertemakan Hello Kitty telah mula beroperasi di Jepun dan berjaya menarik ratusan peminat ketika pelancarannya.

Sumber: Getty Images

Shinkansen atau kereta api berkelajuan tinggi yang berwarna putih dan merah jambu itu berlepas pada 1 Julai lepas dari stesen Hakata di Fukuoka ke Osaka, dan dipandu oleh seorang konduktor yang memakai pakaian Hello Kitty.

Kereta api Hello Kitty akan beroperasi selama tiga bulan di antara bandar-bandar barat Osaka dan Fukuoka, dengan harapan bahawa watak paling terkenal itu akan menggalakkan industri pelancongan serta meningkatkan ekonomi.

Sumber: Getty Images

Di dalam kereta api, senyuman Hello Kitty dipaparkan di setiap tingkap, manakala satu anak patung Hello Kitty bersaiz besar turut diletakkan di satu sudut untuk peminat berswafoto.

Hello Kitty telah menghasilkan industri bernilai bilion ringgit sejak Sanrio memperkenalkannya pada tahun 1974, dengan mengeluarkan barangan yang merangkumi dari alat-alat tulis, pakaian tidur hingga ke bas dua tingkat dan juga pesawat.

Pada tahun 2015, West Japan Railway Company melancarkan kereta api bertemakan Harry Potter “Hogwarts Express” yang beroperasi antara Osaka ke Kagoshima.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker