AntarabangsaIsu Semasa

Wanita Korea Selatan Diancam ‘Wabak Spycam’

Beribu-ribu wanita Korea Selatan berdemonstrasi di Seoul untuk meminta kerajaan bertindak dengan lebih tegas untuk melawan penyebaran foto dan video sulit yang diambil oleh kamera tersembunyi, yang menjadikan wanita hidup dalam ancaman dan ketakutan yang berterusan.

Video “spycam” telah menjadi semakin biasa di Korea Selatan di mana media tempatan setiap hari melaporkan kes lelaki ditangkap merakam wanita secara rahsia di sekolah dan tempat kerja, tandas dan bilik persalinan.

Mengedarkan pornografi adalah menyalahi undang-undang di Korea Selatan, tetapi video sebegini digunakan secara meluas di laman web lucah dan “chatroom” Internet atau digunakan dalam iklan untuk laman web yang mempromosikan pelacuran dan perjudian.

“Orang-orang lelaki yang menyiarkan video itu, mereka yang memuat naiknya, mereka yang menontonnya, mereka semua harus dihukum dengan tegas!” Para wanita melaungkan serentak dalam perhimpunan yang diadakan di Seoul.

Image result for spycam epidemic south korea

Ramai yang memegang spanduk yang tertulis “Hidup saya bukan bahan lucah anda” dan “Kami manusia, bukan objek seksual untuk fantasi anda.”

Penganjur berkata kira-kira 55,000 wanita mengambil bahagian dalam demonstrasi itu tetapi polis meletakkan anggaran kira-kira 20,000, menjadikannya salah satu protes wanita terbesar di negara itu.

Memetik laporan NST, kebanyakan penunjuk perasaan adalah remaja atau mereka berusia 20-an yang merupakan demografi sasaran utama wabak spycam.

Korea Selatan berbangga dengan kemahiran teknologinya, dari jalur lebar ultra cepat kepada penghasilan telefon pintar yang serba canggih. Kira-kira 95 peratus daripada 50 juta rakyatnya mempunyai telefon pintar, menjadikannya yang tertinggi di dunia.

Tetapi kemajuan teknologinya juga telah menimbulkan wabak spycam di mana aktiviti pengintipan wanita semakin meningkat dalam sebuah negara yang dikuasai lelaki dengan rekod yang buruk terhadap hak wanita.

Jumlah jenayah spycam melonjak dari kira-kira 1,100 pada tahun 2010 kepada lebih daripada 6,500 tahun lepas, tetapi kebanyakan pesalah hanya didenda atau dibebaskan secara bersyarat.

Para pesalah yang kebanyakannya lelaki, telah merakam wanita dari pelbagai profesion termasuk profesor kolej, guru sekolah, doktor, paderi gereja, pegawai negeri, pegawai polis dan bahkan hakim mahkamah.

Image result for spycam epidemic south korea

Amalan sedemikian telah menjadi begitu berleluasa sehinggakan semua pengeluar telefon pintar yang dijual di negara itu diarahkan untuk memastikan kamera pada peranti telefon membuat bunyi yang kuat ketika mengambil gambar.

Tetapi ramai yang menggunakan aplikasi khas yang “mematikan” bunyi kamera atau menggunakan kamera pengintip berteknologi tinggi yang disembunyikan di dalam kacamata, pemetik api, jam tangan, kunci kereta dan juga tali leher.

Presiden Korea Selatan Moon Jae-in berkata pada Mei bahawa wabak spycam telah menjadi “sebahagian daripada kehidupan seharian” di negara itu dan menggesa hukuman lebih keras dikenakan terhadap pesalah.

Show More

Related Articles

Back to top button