Sukan

Thierry Henry Mahu Jatuhkan Perancis

Ironi mengenai Thierry Henry, salah seorang penjaring terbanyak untuk Perancis, sedang merancang untuk menewaskan negaranya sendiri di pentas Piala Dunia di Rusia. Lebih pelik lagi apabila pasukan Perancis diterajui oleh Didier Deschamps, bekas rakan sepasukan Henry, yang mengatakan ia adalah situasi yang pelik.

Apabila Perancis berdepan Belgium di peringkat separuh akhir Piala Dunia di Stadium Saint Petersburg awal pagi Selasa nanti, Henry yang berusia 40 tahun akan duduk di tempat duduk lawan, dengan tujuan menghalang negaranya mara ke peringkat akhir.

Deschamps pula mahu mengelakkan itu daripada berlaku. Deschamps pernah bermain bersama Henry apabila menjadi juara Piala Dunia pada tahun 1998 dan telah menjadi jurulatih Les Bleus sejak enam tahun yang lalu.

“Sangat pelik kerana dia berbangsa Perancis tetapi duduk di kerusi lawan,” ujar Deschamps kepada sebuah rancangan tv sukan Perancis, Telefoot.

“Tetapi beliau adalah seorang yang saya hormati, jadi saya gembira buatnya.”

Henry yang telah menjaringka 51 gol ketika 123 perlawanan bersama Perancis, mewaikil negara itu ke Piala Dunia sebanyak emapt kali.

Tetapi sejak dua tahun lepas, Henry telah bertuga sebagai pembantu kepada jurulatih Belgium, Roberto Martinez, jawatan pertamanya sebagai seorang jurulatih.

“Thierry Henry adalah penting buat kami. Beliau menceritakan kepada kami mengenai hari-harinya sebagai pemain dan itu memberikan kami inspirasi.

Jika beliau berkata sesuatu, ia selalunya adalah sesuatu yang membantu. Kehadirannya, pengalaman Piala Dunianya, semua itu adalah pengaruh positif,”

“Beliau pasti mahu kami menang,” tambah Kevin De Bruyne selepas Belgium menewaskan Brazil pda Jumaat yang lepas.

“Beliau sentiasa mencuba untuk membantu kami untuk menang.”

Martinez meramalkan pada tahun lepas, selepas Belgium menjadi pasukan pertama untuk melayakan diri dari kelompok Eropah, bahawa Henry akan membawa impak positif ke atas pemain-pemain Belgium di pertandingan ini.

Elemen penting

“Beliau telah membawa elemen penting dari segi pengalaman kepada kami,” kata jurulatih itu.

Namun Perancis berasa Henry akan berasa gembira tidak kira apa keputusan perlawanan itu nanti.

“Jika kami menang, beliau akan turut gembira kerana di penghujungnya, beliau sendiri adalah orang Perancis,” kata pemain pertahanan Lucas Hernandez.

“Seluruh Perancis mengenali dirinya, bagaimana hebatnya beliau dan bagaimana beliau adalah ikon kepada bola sepak. Kami cuma berharap beliau tidak menewaskan kami di separuh akhir.”

Show More

Related Articles

Back to top button