Isu SemasaMalaysiaTempatan

SPRM Perlu Diberi Lebih Autonomi & Kebebasan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini menjadi sebuah entiti yang “bebas” dan melapor langsung kepada Parlimen, bukan lagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) seperti sebelum ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata, beliau amat mengalu-alukan perubahan ini, namun pada masa yang sama berpandangan bahawa meletakkan agensi anti-rasuah itu di bawah Parlimen masih tidak cukup untuk memastikan kebebasannya secara menyeluruh.

Untuk menjadi bebas sepenuhnya, SPRM perlu diberi autonomi kewangan serta kebebasan untuk merekrut kakitangannya sendiri.

“Walaupun nama kami adalah SPRM, (proses) pengambilan atau pemecatan pekerja masih perlu dilakukan menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (JPA).

“Untuk bajet pula, kami harus meminta daripada Kementerian Kewangan. Kami tidak mempunyai sebarang kebebasan dalam perkara-perkara ini,” katanya.

Memetik laporan The Star, Shamshun Baharin menyatakan bahawa ketika SPRM ditubuhkan bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR), ia (SPRM) dimodelkan berdasarkan Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC).

Difahamkan, peruntukan bajet tahunan ICAC adalah 0.05% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau 0.3% daripada bajet kerajaan Hong Kong.

“Jika SPRM ditubuhkan berdasarkan ICAC, mari kita mengikutnya dalam semua perkara.

“Kita perlu melihat segala perkara secara menyeluruh, kemudian baru kita boleh menjadi benar-benar bebas dan telus,” tegas beliau.

Shamshun Baharin berkata demikian ketika sebuah sidang media bagi acara Ikrar Bebas Rasuah yang dianjurkan oleh SPRM bersama Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM).

Di majlis itu, anggota-anggota FMM telah menandatangani ikrab bebas rasuah secara beramai-ramai sempena sambutan ulang tahun ke-50 persekutuan berkenaan.

“Ia sangat melegakan untuk melihat CEO, pengarah-pengarah urusan dan pihak pengurusan tertinggi daripada kalangan anggota FMM untuk bersama-sama mengukuhkan lagi komitmen mereka di sini,” kata Presiden FMM, Datuk Soh Thian Lai.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker