AntarabangsaAsiaIsu Semasa

Kerajaan Filipina ‘Pendekkan’ Proses Permohonan Visa Pelancong China

Kerajaan Filipina sedang mengkaji kaedah baru untuk memendekkan dan mempercepatkan proses permohonan visa bagi pelancong-pelancong China yang berhasrat untuk melawat negara itu.

Menurut Setiausaha Jabatan Pelancongan, Benito Bengzon, Jabatan Kehakiman telah pun bersetuju untuk meneliti cadangan baru yang telah dikemukakan.

Memetik laporan Straits Times, Bengzon menyatakan bahawa kedua-dua jabatan berkenaan telah pun mengadakan perbincangan dalam usaha “memudahkan secara berperingkat” proses visa, khususnya bagi pelancong dari China.

Sebahagian daripada rancangan itu termasuk melantik dan mengerahkan kakitangan yang fasih berbahasa Mandarin di lapangan-lapangan terbang di seluruh Filipina untuk memudahkan komunikasi dengan pelancong.

Pada bulan Ogos lepas, kerajaan membenarkan pelawat-pelawat China yang datang berkumpulan daripada beberapa syarikat pengendali pelancongan yang diiktiraf oleh Jabatan Pelancongan Filipina untuk mendapatkan visa ketika sampai ke negara itu.

Namun, permohonan perlu dikemukakan 10 hari sebelum ketibaan, dan harganya adalah AS$25 (RM 100), dengan tambahan 10 peso (RM 0.75) lagi bagi yuran penyelidikan guaman.

Berdasarkan data Jabatan Pelancongan, para pelancong China berada di tangga yang kedua selepas Korea Selatan, dalam kategori pelancong asing yang paling ramai melawat Filipina.

Daripada bulan Januari sehingga Mei tahun ini, seramai 559,289 pelancong China telah melawat Filipina, dan jumlah ini menyaksikan peningkatan sebanyak 43.81% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017.

Rakyat Korea Selatan pula kekal sebagai pelancong asing nombor satu ke Filipina, dengan 1.6 juta pelawat pada tahun lepas.

Selain daripada China dan Korea Selatan, Jabatan Pelancongan juga menyasarkan kehadiran pelancong-pelancong asing dari India dan Jepun.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker