Teknologi

Dual Kamera Beri Imej Lebih Hebat?

Telefon pintar sekarang dibanjiri dengan fungsi kamera dua lensa. Tetapi, apakah perbezaannya dengan telefon dengan kamera tunggal?

Adakah dual kamera memberikan gambar yang lebih cantik ataupun ia hanya ‘gimik’semata-mata.

LEBIH IMEJ DENGAN DUAL LENSA

Fungsi dual kamera memberikan lebih penggunaan dan kawalan dalam setiap imej yang diambil.

Seperti yang biasa dilihat, telefon pintar dengan dual kamera mempunyai satu lensa utama yang disokong dengan satu lagi lensa.

Ia ibarat satu lensa bersamaan dengan anda memandang satu objek dengan satu mata dan jika dua lensa pula, ia seperti anda memandang dengan kedua-dua mata anda sekaligus menjadikan imej lebih luas dan mempunyai kesimbangan.

TEKNOLOGI LENSA

Biarpun dengan lensa tunggal, keupayaan kamera di zaman kini mampu menghasilkan kesan khas tiruan dengan teknologi Artificial Intelligence (A.I.) pada kamera.

Kamera akan mengesan subjek dan latar belakang  dan seterusnya menghasilkan imej bokeh tiruan -latar belakang akan menjadi kabur dan memberikan kesan jarak antara objek dan latar belakang.

Jadi, kehadiran lensa kedua dalam telefon pintar dual kamera memberikan kesan yang sama tetapi lebih asli dengan bantuan A.I. yang minima.

Biasanya, keupayaan yang mampu dilakukan oleh  kamera ini adalah:

  • Telephoto Optical Zoom – keupayaan memberikan zoom yang lebih baik dengan kesan bokeh.
  • Wide Angle Camera – sudut imej lebih besar dengan kebolehan imej bokeh.
  • Black & White Sensor – memberikan ketajaman dalam imej hitam dan putih.

Namun dengan teknologi dual kamera, tidak semestinya imej yang dihasilkan cantik dan menarik. Terdapat telefon pintar dengan kamera tunggal yang memberikan kualiti yang lebih baik kerana mempunyai sensor dan A.I. yang lebih canggih.

Pada 2011, HTC Evo 3D diperkenalkan sebagai telefon pintar pertama yang mempunyai dual kamera. Namun, fungsi utama kamera ini adalah untuk menangkap gambar imej 3D untuk dilihat di skrin telefon pintar ini secara 3D.

PENERIMAAN TELEFON PINTAR DUAL KAMERA

Dengan permintaan pengguna yang mahukan telefon dengan kamera yang sangat baik, trend telefon pintar dual kamera mampu berkembang kerana keupayaan kamera ini mampu menghasilkan imej hampir sama dengan kamera DSLR biasa.

Show More

Related Articles

Back to top button