Sukan

Bapa: ‘Si Kambing Hitam’ Ozil Patut Berhenti Bermain Untuk Jerman

Bapa kepada Mesut Ozil berkata pada hari Ahad yang lepas bahawa Ozil patut berhenti daripada bermain untuk pasukan kebangsaan Jerman selepas dia dijadikan kambing hitam kerana pasukannya tersingkir dari saingan Piala Dunia di pusingan pertama.

Ozil yang berumur 29 tahun dihentam dengan kritikan pedas di Jerman selepas Juara Piala Dunia itu tersingkir di Rusia, dengan kedudukan tercorot di dalam kumpulan.

Tekanan ke atasnya sudah pun memuncak selepas pemain tengah Arsenal itu dilihat bergambar bersama presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, sekaligus memdatangkan persoalan mengenai kesetiaanya terhadap Jerman.

Pengurus Perniagaan pasukan Jerman, Oliver Bierhoff mencetuskan kontroversi baru ke atas Ozil selepas mengeluarkan kenyataan bahawa Ozil, yang mempunyai darah keturunan Turki, patut digugurkan selepas kegagalannya menjelaskan secara terbuka mengenai perjumpaannya bersama Erdogan.

“Kenyataan ini adalah sangat angkuh. Pada pendapat saya, ia adalah tindakan menyelamatkan dirinya sendiri,” kata bapa kepada pemainĀ  tengah itu, Mustafa Ozil di dalam satu temuramah bersama Bild am Sonntag.

Bierhoff kemudiannya menarik balik kenyataan itu, serta meminta maaf dan mengaku bahawa dia “adalah tersalah”.

Ozil senior berkata dia percaya anaknya bersetuju untuk bergambar dengan Erdogan hanya untuk “bersopan” dan ia bukanlah untuk digunakan sebagai satu kenyataan politik.

Image result for mesut ozil germany 2018 lost

Mustafa juga mempertahankan Ozil kerana tidak berkata apa-apa untuk menjelaskan pendiriannya.

“Dia sudah tidak mahu menjelaskan dirinya, dia sudah tidak lagi mahu mempertahankan dirinya sepanjang masa. Dia telah bermain untuk pasukan Jerman selama 9 tahun…termasuklah ketika menjadi juara dunia bersama pasukan itu.

“Dia telah banyak berjasa kepada negara ini. Ianya mesti: jika kita menang, kita menang bersama.

“Tetapi apabila kita kalah, kita kalah disebabkan Ozil? Dia kini dicemuh dan dijadikan kambing hitam. Saya faham jika dia berkecil hati,” tambah bapa pemain tengah itu lagi.

Berkata layanan yang diterima anaknya adalah “tidak adil”, Ozil senior berkata “dia perlu membuat keputusan sendiri. Tetapi jika saya berada di tempatnya, saya akan berkata: terima kasih banyak-banyak, tapi tidak lagi!”

“Kesakitan itu telah menjadi semakin dalam. Dan siapa tahu apa yang akan terjadi diperlawanan seterusnya. Jika saya berada di tempat Mesut, saya akan mengundurkan diri. Tetapi itu adalah pandangan peribadi saya,” ujarnya.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker