Isu SemasaMalaysiaTempatan

Awas! PDRM Tahu Siapa Yang Tonton Video Lucah

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan sebuah unit khas baru yang dilengkapi dengan peralatan teknologi canggih untuk mengesan pornografi atas talian.

Menurut penolong pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11), Asisten Komisioner Ong Chin Lan, tugas utama unit baru yang dikenali sebagai Unit Siasatan Jenayah Internet Terhadap Kanak-Kanak Malaysia (MICAC) ini adalah untuk memantau trafik di laman sesawang lucah, khususnya yang mengandungi pornografi kanak-kanak.

Berikut adalah beberapa maklumat mengenai MICAC memetik laporan New Straits Times:

1. Beroperasi 24 jam setiap hari

2. Mengesan pengguna internet yang melayari laman sesawang pornografi

3. Mengenal pasti laman sesawang lucah spesifik yang dilayari

4. Membina satu kumpulan data maklumat IP

5. Mengenal pasti waktu laman lucah dilawati

6. Mengesan fail yang dimuat naik dan dimuat turun.

Teknologi canggih yang dimiliki oleh pihak polis akan memudahkan mereka untuk menangkap individu-individu yang terlibat apabila sudah memperolehi maklumat-maklumat yang diperlukan.

“Kami akan mengesan mereka yang kerap melayari laman-laman ini. Kami menggunakan sebuah perisian (software) yang dicipta khas untuk mengenal pasti identiti, lokasi dan mengesan ‘lawatan’ mereka ke laman lucah, khususnya yang melibatkan pornografi kanak-kanak.

“(Maklumat) risikan yang kami peroleh akan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) supaya kita boleh mendapatkan maklumat pengguna internet.

“Kemudian, kami akan memanggil mereka untuk soal siasat, malah kami juga boleh menahan mereka di rumah atau di mana-mana sahaja,” kata Ong.

Difahamkan, perisian baru ini dikatakan terlalu canggih sehingga mampu mengesan individu yang melayari dan memuat turun bahan lucah daripada ‘sumber-sumber yang kononnya selamat’ di telefon pintar mereka.

Perisian ini dikenali sebagai Internet Crime Against Children – Child Online Protective Services (ICACCOPS). 

Berdasarkan data daripada laporan polis Belanda, Ong menyatakan bahawa hampir 20,000 alamat IP di Malaysia yang didapati memuat naik dan memuat turun secara aktif video dan gambar dan video lucah kanak-kanak.

Sehubungan dengan itu, Malaysia juga dikenal pasti mempunyai paling ramai individu yang memuat naik dan memuat turun pornografi kanak-kanak.

Jelas Ong, MICAC mempunyai kuasa untuk merampas barangan peribadi pengguna seperti telefon bimbit, komputer, laptop (komputer riba), untuk memeriksa jika terdapat bahan-bahan lucah.

“Ia adalah satu kesalahan (di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan) untuk memuat turun atau memuat naik bahan-bahan pornografi.

“Dengan adanya unit ini, kami boleh merampas telefon bimbit, sebagai contoh, untuk diperiksa. Ini akan dilakukan kes demi kes,” ujarnya.

Tambah Ong lagi, beliau juga telah menghantar pegawai-pegawainya ke luar negara untuk menjalani latihan.

“Saya menghantar pegawai-pegawai saya ke luar negara untuk latihan, dan kami juga mendapat sokongan daripada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI),” katanya.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker