Isu SemasaMalaysiaTempatan

SPRM Dan SPR Kini Berada Di Bawah Parlimen, Bukan Lagi JPM

Jabatan Perdana Menteri (JPM)  telah mengalami rombakan besar-besaran yang melibatkan lebih daripada 90 agensi dan jabatan.

Memetik laporan The Star, 40 daripada jumlah itu dipindahkan ke kementerian-kementerian lain, sementara 10 agensi, termasuk 19 pejabat dan jawatan kuasa di bawah JPM akan dimansuhkan.

9 agensi penting, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan kini beroperasi sebagai badan bebas dan melapor secara langsung kepada Parlimen, bukan lagi JPM.

Jabatan Peguam Negara pula akan terus kekal berada di bawah JPM, tetapi fungsi/tugas pendakwaan telah diletakkan di bawah Pejabat Pendakwa raya yang akan melapor kepada Parlimen.

Yang paling penting sekali, Parlimen juga menjadi sebuah entiti yang bebas bagi memastikan ia tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Difahamkan, intipati rombakan ini terkandung di dalam sepucuk surat ke JPM pada 26 Jun bulan lepas.

Dalam sepucuk surat bertarikh 28 Jun yang ditujukan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam pula, JPM telah mencadangkan pelan rasionalisasi untuk JPPM kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

Difahamkan, rombakan ini telah mendapat kelulusan berikutan perbincangan di antara Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dan Dr. Ali.

“Sekiranya agensi-agensi yang dicadangkan di dalam pelan rasionalisasi diletakkan di bawah kementerian-kementerian yang tidak berada di dalam senarai, ia akan kekal di bawah Jabatan Perdana Menteri,” kata kenyataan di dalam surat itu.

Sementara itu, antara entiti lain yang akan ditutup adalah pejabat duta khas.

Duta Khas negara dalam Infrastruktur ke India dan Asia Selatan, Tun S. Samy Vellu dijangka akan menamatkan perkhidmatannya pada 31 Disember tahun ini.

Pejabat-pejabat Duta Khas ke Asia Timur yang terdiri daripada Jepun, Korea Selatan, China dan Taiwan juga akan dimansuhkan.

Show More

Related Articles

Back to top button