AntarabangsaSukan

Beranikah Anda Untuk Memanjat Dinding Tertinggi di Dunia

Terletak di Bjoeks Climb Center,  Bandar Groningen, Belanda dinding ini mempunyai ketinggian 121 kaki (37 meter). Dikenali sebagai Excalibur, dinding tersebut bukan sahaja tinggi ke langit tetapi ianya melengkung apabila hendak naik ke puncak yang menyebabkan pendakian anda bakal mencabar.

Terdapat pelbagai corak pendakian yang boleh dilalui untuk yang baru hendak cuba mendaki sehingga pendaki ekstrim dan profesional di mana terdapat pendakian yang bersudut 45 darjah.

Ada berani?

 

Di dalam  Excalibur ini terdapat juga kemudahan untuk orang mahu mencuba berjinak-jinak dalam wall climbing ini. Ia dilengkapi dengan 50 tali dan dinding berketinggian 20 kaki untuk didaki serta kepelbagaian dinding seperti di dalam gua untuk yang sukakan cabaran.

Walau bagaimanapun Bjoeks Climb Centre sebenarnya bukanlah dinding tertinggi di dunia tetapi Basecamp Climbing Facility di Reno, Nevada merupakan yang tertinggi dengan dua peringkat dakian – 70 kaki pada tahap pertama dan bersambung 94 kaki lagi menjadikannya dinding tertinggi di dunia.

Show More

Related Articles

Back to top button