Bisnes & EkonomiGaya HidupKerjaya

Tips Membina Kerjaya Di Instagram

Ramai anak muda gemar menggunakan sosial media Instagram untuk berkongsi gambar dan ada juga yang menjana duit daripada akaun sosial media ini.

Jika anda fikir anda juga mahu jana pendapatan melalui Instagram, anda boleh mulakan dengan langkah-langkah ini.

Bagaimana Menjana Pendapatan Melalui Instagram

  1. Fikir dan rancang perniagaan yang berkait rapat dengan minat anda.
  2. Muat naik gambar menarik serta jelas
  3. Pastikan hashtag anda sesuai dengan produk

Jenis Perniagaan Di Instagram

Sebenarnya hampir kesemua perniagaan sesuai di Instagram namun ia bergantung kepada kreativiti anda untuk menarik orang mengikuti akaun anda.

  1. Perkhidmatan

Antara contoh perkhidmatan yang boleh dilakukan ialah  perkhidmatan fotografi, menggubah bunga/hantaran, andaman, menjahit baju, masakan serta penghantaran makanan.

Di Instagram, ada juga yang menawarkan perkhidmatan lukisan karikatur, potret, design kad jemputan dan sebagainya.

2. Jual Produk

Anda boleh menjadi agen kepada produk sendiri ataupun produk orang lain. Ramai yang menggunakan Instagram untuk menjual baju, barang solek, ubat kurus, ubat sihar dan macam-macam lagi. Yang penting anda perlu letakkan hashtag dan jangan ‘private’kan akaun anda.

3. Review Berbayar (Paid review)

Ini memang menjadi trend di Instagram dari artis sehinggalah orang yang disebut sebagai “InstaFamous”. Mereka ini adalah orang biasa tetapi mempunyai pengikut yang ramai di Instagram mungkin kerana sering berkongsi gambar dan video yang menarik.

Selalunya orang yang mahu mulakan perniagaan akan membayar para instafamous ini untuk mempromosikan barangan mereka. Kadar pula ada yang bermula dari RM5 sehingga beratus ringgit. Ianya bergantung kepada jumlah followers yang mereka ada.

4. Sistem Robot IG

Ini mungkin untuk orang yang pandai dalam bidang IT. Sistem ini adalah untuk yang mahukan follower di instagram dengan cepat. Ye! Sememangnya wujud perkhidmatan penambahan followers dengan hanya membayarnya.

Oleh itu bagi orang yang ingin mengupah orang untuk review produk itu, pastukan followers mereka bukan robot. Jika tidak sia-sia juga untuk iklan kepada robot yang tidak akan membeli barang anda.

Menurut sebuah portal, jika anda mahu pertambahan followers sekurang-kurangnya 2000 oranag, caj sebanyak RM100 sehingga RM300 akan dikenakan.

5. Jual Akaun IG

Ini juga pelik tetapi tapi ada yang mendapat pendapatan 5 angka dengan menjual akaun yang mendapat banyak likes, comment dan followers.

Boleh Ke Berjaya Dan Membina Kerjaya Dengan Instagram?

Persoalan ini adalah persoalan yang sangat rumit untuk dijawab kerana ia bergantung kepada kemahiran dan pelan strategi anda. Sememangnya kerjaya di sosial media adalah hasil kreativiti, daya tarikan dan mencari peluang pada masa yang tepat.

Setiap perniagaan mempunyai risiko dan risiko kecaman dari netizen juga harus diambil kira.

Dalam perniagaan, hanya 1 daripada 5 orang dikatakan boleh berjaya. Ini bersamaan dengan hanya 20%. Namun, anda belum tahu potensi diri anda jika anda belum mencuba.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker