Makan & Minum

Pisang: Pohon Dalam Al-Quran

Pisang merupakan antara pohon yang disebut di dalam Al Quran: –

“Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon-pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas, dan air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak, yang tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya.” (al-Waaqi’ah [56]: 28-33).

Ini tidaklah menghairan apabila menilai peri kehebatan buah itu, yang mana bukan sahaja buahnya sangat berkhasiat, malah seluruh bahagian dari pokok itu juga mempunyai manfaat masing-masing.

Maka, wajarlah pohon itu digelar pokok guna.

Pohon pisang yang berbuah

KHASIAT BUAH PISANG

Pisang, buah yang sangat bergizi, terdiri 75% air, 1.3% protein dan 0.6% lemak. Buah pisang juga mengandungi karbohidrat dan potassium yang tinggi hingga mampu memberi tenaga segera kepada badan. Di samping menolong menyembuhkan banyak penyakit, pisang sangat dianjurkan untuk merawat demam, gangguan sistem pencernaan, kejang-kejang, dan pelbagai lagi.

Tingginya jumlah potassium yang dikandungnya (0.24%) memberi manfaat kepada tubuh untuk mencegah dan membuang jumlah lemak yang terkandung di dalam badan dengan mudah. Secara tidak langsung ini bermakna pisang amat sesuai bagi mereka yang sedang berdiet.

Buah pisang berwarna merah yang banyak terdapat di Amerika Selatan

Potassium dan sodium di dalam pisang mampu meningkatkan pertumbuhan sel dan otot. Di samping itu, pengambilan pisang secara teratur mampu mengimbangi keperluan cecair di dalam badan.

Pisang, yang kaya vitamin B6, juga memainkan peranan penting dalam mencegah tindak balas unsur kimia dari protein dan asid amino.  (Sumber: http://www.karangkraf.com).

Pisang dari jenis “1000 Finger” yang banyak terdapat di Filipina

MANFAAT YANG LAIN

Sebagai tumbuhan multi fungsi, seluruh bahagian pokok pisang juga mempunyai peranan dan manfaat masing-masing. Ini termasuklah: –

1. Bonggol atau perdu pokok pisang

06_ilustrasi-getah-pohon-pisang-vunnylla-wordpress-com_

Bonggol atau perdu dari batang pokok pisang, sebenarnya merupakan hadiah kulinari yang hebat dari pokok ini terutama bagi mereka yang kreatif dan cerdik mengolah bahan ini.

Di Indonesia, perdu pokok pisang diguna sebagai bahan membuat kerepek! Ya, bukan sahaja buahnya, malah perdu pisang juga boleh dijadikan kerepek.

 

 

Kerepek bonggol pisang yang popular di Sumatera, Indonesia

 

Kaedah terperinci bagi memanfaatkan bonggol pisang sebagai bahan makanan:

2.Batang Pisang

Batang dari pohon pisang kerap digunakan dalam pembuatan tali, baja kompos, makanan haiwan ternak dan bahan dasar pembuatan kertas (jenis abaca) .

Batang dari pohon pisang
3.Daun Pisang

Daun pisang sering digunakan untuk pembungkus makanan dan untuk penghias makanan. Daun-daun yang sudah tua dan rosak dapat digunakan sebagai makanan haiwan ternak.

20a97aeb-1351-4960-918e-9030a2f99a51

4.Bunga Pisang (Jantung)

Seringkali mendapat tempat sebagai sayur dan ulam kerana memiliki kandungan protein, vitamin, lemak dan karkohidrat yang tinggi.

Toodia pernah membawakan episod makan & minum khas, yang menampilkan jantung pisang sebagai ramuan membuat patty burger! Sila semak di https://toodia.my/2018/06/02/jom-belajar-buat-burger-jantung-pisang/.

 

Jantung pisang yang cantik warnanya dan banyak nilai kulinarinya
5.Kulit Pisang

Selain sesuai dimanfaatkan sebagai makanan haiwan ternak, kulit pisang juga dapat dijadikan sebagai bahan campuran krim anti nyamuk.

kulit_pisang

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button