Gaya HidupPercutian

‘Sleep Box’ Di Lapangan Terbang Don Meuang Thailand Untuk Penumpang Transit

Lapangan terbang Don Meuang memperkenalkan ‘sleep box’ untuk penumpang yang sedang menunggu penerbangan seterusnya. Ianya sebuah bilik tidur berukuran 15 meter kaki persegi yang dilengkapi dengan wifi, tv, tandas serta katil untuk dua orang tidur.

Sumber Gambar: coconuts.co

Buat masa sekarang terdapat hanya lima ‘sleep box’ tetapi mereka bercadang untuk mengadakan 25 ‘sleep box’ yang terletak di tingkat 4 Terminal 2 lapangan terbang tersebut.

Kadar bilik tersebut ialah sebanyak 1000 Baht (RM120) untuk tiga jam pertama bersama voucher makan percuma dengan tambahan 200 Baht (RM23.50) pada setiap jam berikutnya.

Menurut bangkokpost.com, jika anda hanya ingin menggunakan bilik tersebut selama 1 jam, cas sebanyak 300 Baht (RM35.50) akan dikenakan termasuk tuala dan jika anda bercadang untuk tidur dari 9 malam sehingga 6 pagi berikutnya, harganya ialah 1,800 Baht (RM211.50).

Sumber Gambar: coconuts.co

Tetapi jika anda tempah menggunakan laman web hotel di atas talian, harga bermula dari RM61 dan ini merupakan pengalaman seorang vlogger yang menempah SleepBox bersama isteri dan bayinya di youtube. Jom tonton!

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker