Gaya Hidup

5 Cara Untuk Menghias Rumah Baru Dengan Jimat

Sekiranya anda baru berpindah masuk ke rumah pertama, tentu banyak yang perlu dilakukan. Untuk mendapatkan rumah idaman, anda semestinya memerlukan modal yang besar untuk menghias kediaman anda.

Berikut adalah lima cara untuk menghias rumah tanpa perlu berbelanja besar diluar kemampuan anda yang baru memulakan hidup di rumah sendiri.

1. Beli perabot terpakai di kedai ‘bundle’

Image result for second hand furnitureMahu membeli perabot terpakai tetapi tidak mahu melakukannya di internet? Jika anda benar-benar ingin berjimat, beli di kedai fizikal dan anda mungkin dapat tawar-menawar dengan tuan kedai.

Kini, terdapat banyak kedai perabot yang menjual perabot terpakai, perabot yang diperbaiki atau perabot retro pada harga yang berpatutan. Tetapi anda harus berhati-hati dalam memilih kedai kerana semakin “hipster” kedai itu, semakin tinggi harga barangannya.

2. Beli perabot terpakai dalam talian

Satu kelebihan yang besar membeli perabot terpakai dalam talian adalah bahawa ia sering dilelong dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga asal, walaupun masih dalam keadaan baik.

Ramai yang menjual perabot yang lebih berkualiti tinggi daripada perabot baru kerana kebanyakan yang menjual perabot mereka adalah ekspatriat yang meninggalkan negara dengan tergesa-gesa.

Cari perabot terpakai menerusi laman seperti Carousell, Gumtree, Locanto atau Craigslist dan anda juga boleh mendapatkan peralatan elektrik yang turut dijual.

3. Perbaiki perabot anda sendiri

Related imagePerabot yang diperbaiki adalah trend terkini dan sesetengah perniagaan menjual perabot yang telah diubahsuai dengan harga harga yang tinggi kerana ia kelihatan hipster.

Kerusi plastik atau meja lama boleh diubahsuai dengan semburan cat warna yang kreatif, untuk mendapatkan “mood” moden pada rumah. Manakala bagi mereka yang boleh menjahit, anda boleh cuba untuk memulihkan semula kerusi dan perabot sofa dengan menjahit sarung alas yang baru.

4. Cat dinding anda sendiri

Sesetengah orang tidak mampu untuk mengupah pekerja pembinaan dan menawarkan mereka beberapa dolar untuk mengecat dinding rumah mereka.

Projek mudah seperti mengecat dinding boleh dilakukan oleh sesiapa saja. Jika mahu lebih seronok, ajak rakan-rakan anda untuk membantu dan upah mereka dengan hidangan yang dimasak di rumah pada hujung minggu. Ia mungkin menjadi parti kecil-kecilan untuk anda dan sahabat!

5. DIY hiasan dinding anda

Related imageAdakah dinding yang kosong membuatkan anda terasa seperti dalam tahanan di sebuah institusi mental?

Jika anda mahukan sediakan hiasan dinding, reka produk DIY anda sendiri yang mudah. Dapatkan idea atau tutorial di laman web atau blog. Tip hiasan dinding moden adalah gabungkan berbagai bingkai dari berbagai saiz pada satu ruang.

Sumber: AsiaOne

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close