Makan & Minum

Rebung Oh Rebung: Raja Sayuran Hutan

Rebung adalah pucuk yang tumbuh di rumpunan buluh, sebelum membesar sebagai batang buluh keras yang tinggi melampai.

Untuk pengetahuan, buluh ini sebenarnya tergolong dalam spesis rumput, namun ianya adalah yang terbesar dan paling tinggi dalam keluarga rumput.

Buluh juga dikenali sebagai salah satu tumbuhan yang paling cepat berkembang di dunia. Spesies buluh yang paling pesat berkembang ialah Moso Cina. Ia dilaporkan tumbuh sehingga 100 cm sehari.

Rebung dari jenis Moso Cina yang hanya tumbuh di China. Sumber foto: DHgate.com

Maka tidak menghairankan, buluh mendapat tempat yang tinggi dalam budaya masyarakat Asia, dari Malaysia sehinggalah ke Jepun. Hal ini berfaktorkan kepada kebolehupayaan buluh membesar dengan cepat, menjadikan ia sebagai tumbuhan yang ekonomikal dan mampan.

REBUNG: IDENTITI ORANG ASIA

Walaupun mempunyai seribu satu kegunaan, namun dalam ruangan yang terhad ini, Toodia akan memperkenalkan satu produk yang luar biasa hasil dari tumbuhan istimewa ini.

Produk itu, yang digelar sebagai “Raja Sayuran Hutan” oleh orang Jepun, ialah pucuk yang lembut dan manis, yang tumbuh di perdu pohon buluh.

Produk itu ialah rebung, ataupun dikenali dnegan nama “bambooshoot” dalam bahasa Inggeris.

Rebung dimakan di banyak negara Asia seperti Malaysia. Indonesia, China, Korea, Jepun, Taiwan, Thailand, Filipina, Nepal, dan India.

Rupa rebung yang baru tumbuh dari rumpunan buluh

REBUNG DALAM KESUSASTERAAN

Seseorang dapat menemui bukti dalam kesusasteraan Cina yang lama sejak dinasti Tang (618 AD-907 AD), tentang manfaat mengkonsumsi pucuk buluh atau rebung ini. Ini mungkin rekod tertulis pertama tentang pucuk ini dalam sejarah manusia.

Satu lagi kitab penting yang berasal dari dinasti Ming (1368 AD hingga 1644 AD) juga menyebutkan ubat-ubatan dan faedah lain dari pucuk buluh.

REBUNG DAN MARTABATNYA YANG TINGGI DI JEPUN

Di Jepun, mereka dianggap sebagai “Raja Sayuran Hutan”. Ini tidak menghairankan memandangkan dua faktor seperti yang dinyatakan di atas (mampan dan ekonomikal), di samping kandungan khasiat yang tinggi.

Dan sebagai masyarakat yang terkenal mementingkan makanan sihat, maka tidak menghairankan apabila rebung mendapat tempat yang begitu tinggi di kalangan orang Jepun.

Warga Jepun seringkali mengadakan aktiviti mencari rebung, dan membawa bersama anak-anak kecil menyertainya demi menerapkan semangat cintakan hutan semulajadi

JOM BELAJAR RESIPI

Di bawah, Toodia membawakan beberapa resipi luar biasa menggunakan rebung sebagai “hero”nya. Boleh lah dicuba di rumah, mana tahu ada nilai komersial?

TEMPURA REBUNG VERSI JEPUN

REBUNG PINOY DENGAN SANTAN VERSI FILIPINA (GINATAANG LABONG)

 

REBUNG BERKENTANG VERSI NEPAL (AALU TAMA)

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button