Makan & Minum

Apa itu Mee Misai Naga?

Ini dia “hero” utama yang mesti ada dalam kamus gastronomi dan kulinari warga seluruh dunia: mee.

MAKANAN YANG RINGKAS, LATARBELAKANG YANG RUMIT

Sejak dahulu kala, mee menjadi saksi bahawa selera dan tuntutan hidup manusia terhadap sumber bagi dijadikan makanan ruji, telah menghasilkan pelbagai jenis mee yang rumit dan bermacam kategori.

Antaranya, menurut penulis R. Karim dan M. T. Sultan dalam jurnal berjudul “Yellow Alkaline Noodles, SpringerBriefs in Food“, mee dikelaskan mengikuti kategori, dan dipecahkan kepada beberapa sub-kategori, seperti berikut: –

  1. Negara asal: China, Korea, Thailand, Malaysia, Jepun, Vietnam, Itali dsb
  2. Warna: Putih, Kuning, Hijau, Hitam dsb
  3. Jenis ramuan/tepung: Tepung Beras, Tepung Gandum, Tepung Kentang dsb
  4. Etnik: Melayu, India, Cina, Sarawak, Sabah dsb
  5. Cara penyediaan: Rebus, Goreng kilas, Sup, Kering, Stim dsb

MEE ORANG MELAYU

Bagi orang Melayu, mee tidak menduduki tangga teratas dalam piramid pemakanan ruji, sebaliknya digantikan dengan nasi dan kepelbagaian jenisnya yang tidak terkira.

Namun, jangan terkejut melihatkan bahawa hakikatnya, mee turut memainkan peranan dalam membentuk lanskap budaya dan seni kulinari orang kita.

Membuktikan kenyataan di atas ialah, melalui faktor geografi, dapatlah dilihat bahawa ianya secara tidak lansung memberi kesan terhadap jenis dan budaya pemakanan mee yang berbeza. Antaranya: –

  1. Pinggir pantai/kawasan lautan: Masyarakat di sini biasanya menjadikan hasil ikan sebagai bahan utama membuat mee, yang popular dengan nama laksa
  2. Identiti berdasarkan negeri: Mee bandung Muar, Laksam di kelantan dan Terengganu, Laksa Johor, Mee Sup Kedah/Utara, Mee Rebus Johor,
  3. Tempat asal: Mee/Bakmi Jawa, Mee Acheh, Mee Kolok Sarawak, Laksa Sarawak
Laksa mendapat tempat dalam gelanggang kulinari dan gastronomi orang Melayu Nusantara khususnya Malaysia

MEE ORANG INDIA

Mee yang tercipta dan diilhamkan dari etnik ini juga tidak kurang menariknya untuk diteroka dan dikenali.

Antaranya termasuklah: –

  1. Mee Rojak
  2. Mee Goreng Mamak
Mee goreng mamak. Kredit foto: Tripadvisor

MEE ORANG CINA

Etnik ini memang terkenal dengan mee, dan ini boleh dilihat melalui kupasan terperinci dalam banyak jurnal akademik tentang sains dan sejarah pemakanan.

Ini tidaklah menghairankan, memandangkan mee mendapat tempat dalam lanskap kulinari dan sejarah mereka, bahkan menurut Na Zhang dan Guansheng Ma dalam “Journal of Ethnic Foods”: –

Mee dalam kalangan orang Cina (di Tanah Besar China) boleh dikesan kewujudannya semenjak era Dinasti Han lagi, sekitar 4,000 tahun yang lampau…

Sehingga ke satu peringkat, mee menjadi cerminan kepada tradisi dan adat resam orang Cina, dan diterjemahkan maksudnya (mee itu) bagi merujuk kepada sifat manusia serta logik dan fitrah akal (worldly common sense)

Menurut penulis Na Zhang dan Guansheng Ma lagi, terdapat ribuan jenis mee dalam kebudayaan kulinari kaum Cina.

Namun, penulis lain iaitu Gouquan Hou dalam rencana berjudul “Oriental Noodles”, mengasingkan mee kepada beberapa jenis kategori, dan ianya termasuklah: –

  1. Bahan asas seperti jenis tepung, campuran bahan asing seperti daun dan ubian dsb.
  2. Jenis garam yang digunakan
  3. Saiz dan bentuk
  4. Proses penyediaan

Daripada empat kategori itu, mee dalam kalangan orang Cina kemudian dipecahkan kepada ribuan jenis yang berbeza, antaranya, menurut “Journal of Ethnic Foods” lagi, termasuklah: –

  1. Mee Misai Naga Hebei (河北龙须面)
  2. Mee Tauhu Pucuk (豆花面)
  3. Mee Sejuk Jilin (吉林冷面)
  4. Mee Hong Kong (捞面)
  5. Mee Telur Udang (虾子面)
  6. Mee Minyak Panas Shanxi (陕西油泼面)
  7. Mee Kuah Pekat Neimenggu dengan kacang panjang (内蒙古焖面)
Rupa mee misai naga yang mirip misai haiwan lagenda itu
Mee Misai Naga Hebei

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button