FesyenGaya Hidup

4 Produk Fesyen Mesra Alam Menggunakan Bahan Inovatif

Fesyen mesra alam atau fesyen mampan adalah mengenai penghasilan pakaian, kasut dan aksesori secara berkekalan dan memberi manfaat kepada alam sekitar dan sosio-ekonomi.

Ia juga mengenai pola pemakaian dan penggunaan yang lebih mampan, yang memerlukan perubahan serta kesedaran dalam sikap dan tingkah laku individu.

Berikut adalah beberapa contoh produk fesyen mesra alam yang menggunakan bahan inovatif seperti bahan semulajadi dan kitar semula:

1. Kasut daun nanas

Image result for hugo boss pineapple leaf shoesLabel fesyen mewah Hugo Boss telah mengumumkan penciptaan kasut Boss Menswear baru yang dibuat menggunakan Piñatex, bahan semulajadi yang berasakan serat daun nanas.

Diperbuat oleh Ananas Anam, Piñatex dituai sebagai hasil sampingan dari amalan pertanian sedia ada dan diwarnakan dengan pewarna berasaskan tumbuhan semulajadi.

Kasut 100 peratus vegan itu juga mempunyai tapak TPU yang dikitar semula. Ia boleh didapati dalam empat warna berbeza, dari navy hingga mustard, dan dibungkus dalam kotak kertas yang boleh dikitar semula dan boleh terbiodegradasi, diperbuat daripada 100 peratus serat.

2. Koleksi berasaskan botol

Image result for the north face bottle sourceThe North Face pada bulan April mengumumkan koleksi baru t-shirt dan beg tote yang diperbuat daripada kapas dan botol kitar semula yang dibekalkan dari tiga taman negara iaitu Yosemite, Grand Teton, dan Taman Negara Great Smoky Mountains.

Untuk The North Face, koleksi Berasaskan Botol berupaya mencapai matlamatnya untuk menggunakan bahan-bahan yang lebih mampan dan memperluaskan kitaran hayat botol plastik. Program ini, menggunakan botol kitar semula dari aliran sisa dari taman untuk membuat kemeja-t yang lembut dan beg tote yang tahan lama.

3. Baju sisa plastik

Image result for gant plastic shirtsBaru-baru ini, syarikat fesyen Sweden, GANT menyampaikan ‘Projek Beacon’, iaitu baju yang diperbuat daripada sisa plastik yang terapung di lautan.

Untuk projek ini, GANT bekerjasama dengan organisasi SEAQUAL, sebuah syarikat yang memproses sisa plastik yang dikumpulkan dari laut menjadi benang poliester khas, yang kemudian digunakan untuk kemeja GANT Tech Prep yang baru.

4. Kasut jagung

Sumber Imej: SGB Media

Pada bulan April 2017, jenama pakaian terkenal, Reebok mengumumkan pelancaran produk inovatif yangberasaskan tumbuhan.

Kasut yang diberi nama “Cotton + Corn” adalah kasut yang diperbuat daripada kapas organik pada bahagian atas dan tapaknya diperbuat daripada jagung yang ditanam secara komersial bagi tujuan ini.

Secara umumnya, matlamat utama Reebok adalah untuk menghasilkan produk mesra alam yang boleh dikompos setelah digunakan.

Hasil kompos ini kemudiannya akan digunakan sebagai sebahagian daripada tanah untuk mengembangkan bahan-bahan bagi penghasilan kasut seterusnya

Show More

Related Articles

Back to top button