Gaya HidupKecantikan

Minyak Wangi Gender Neutral Beri Pilihan Lain Untuk Penggemar Minyak Wangi

Haruman memainkan peranan penting dalam penampilan dan merupakan salah satu daya tarikan. Sekarang terdapat banyak wangian di pasaran, daripada haruman menyegarkan, manis, flowery, fruity, sexy dan juga maskulin.

Wangian bukan saja melambangkan karakter seseorang tetapi juga dapat meningkatkan keyakinan diri dan membuatkan seseorang itu berasa istimewa.

Jika pemakai gemarkan bau yang kuat ia dikaitkan dengan sifat yang lasak dan berani, haruman yang sedikit manis sering menjadi pilihan untuk wanita yang lemah lembut. Manakala yang gemarkan bauan yang agak romantik dan sophisticated pula sesuai dengan wanita yang lebih berdikari serta mempunyai ciri elegan.

Namun zaman semakin moden, khas buat penggemar minyak wangi, kini terdapat wangian gender neutral iaitu wangian yang sesuai untuk digunakan oleh golongan wanita dan juga lelaki.

Jenama wangian mewah telah mula menceburi pasaran gender neutral dengan membawa aroma menarik dan unik yang dapat memenuhi kehendak wanita dan lelaki.

Di sini kami senaraikan beberapa minyak wangi gender neutral yang pasti digemari ramai.

Jo Malone, Myrrh & Tonka Cologne

Le Labo, Santal

Dolce & Gabbana Velvet Cypress

Calvin Klein ck allEscentric Molecules Molecule

Show More

Related Articles

Back to top button