HiburanWayang

Hantu Kak Limah Kembali Meng’Kokak’ Ogos Ini

Pasti ramai yang kenal dengan Kak Limah yang sering menjadi ikon hantu seram komedi Malaysia.Filem ketiga siri Hantu Kak Limah dan juga merupakan sambungan kepada Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit bakal ditayangkan dengan tajuk Hantu Kak Limah 3.

Pengumuman filem ini rata-rata menerima respon yang positif netizen melihatkan kejayaan 2 filem sebelumnya.

Akan tetapi, pengarah filem ini, Mamat Khalid sedikit terkilan dengan ketiadaan 3 pelakon yang menghidupkan filem Hantu Kak Limah yang sudah meninggal dunia.

Pelakon yang dimaksudkan adalah Allahyarham Abdul Rahman Kadir sebagai Pak Jabit, Allahyarham Zami Ismail sebagai Pak Abu dan Azwan Annuar sebagai Wan Kaswi.

Namun, Mamat dikatakan amat positif dengan menampilkan watak-watak baru seperti Yeh Sekupang, Wani, Kuda dan ramai lagi.

Mamat juga yakin watak yang dibawakan oleh Ropie Cecupak, Zul Arifin, Mus May serta Uqasha Senrose mampu mengeletek hati penonton dalam versi ke-3 ini.

Tidak lengkap Kak Limah tanpa pelakon Delimawati dan Awie kembali memegang watak sebagai Kak Limah dan Husin yang merupakan karekter penting filem ini.

Hantu Kak Limah 3 juga bakal diwarnai juga dengan watak-watak kameo seperti pelakon Erra Fazira, Jue Aziz serta Datuk Seri Vida.

Mamat Khalid menjelaskan filem kali ini lebih memfokuskan elemen hiburan berbanding filem terdahulu yang mengetengahkan isu dan momen dalam filem.

Filem Hantu Kak Limah 3 bakal menemui penonton di pawagam pada 9 Ogos ini.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button