Sukan

Bagaimana England Mengatasi Trauma Untuk Menang Di Dalam Sepakan Penalti

Gareth Southgate adalah orang yang paling tepat untuk mengajar England mengenai kepentingan sepakan penalti. 22 tahun yang lalu, beliau gagal menyempurnakan sepakan penalti yang beliau tidak bersedia untuk mengambilnya lalu menyebabkan pasukan the Three Lion itu gagal untuk ke peringkat akhir Kejuaraan Eropah 1996.

Ia adalah sepakan penalti kedua yang diambil sepanjang karriernya.

Beliau menawarkan diri untuk menjadi pengambil sepakan penalti keenam ketika menentang Jerman pada waktu itu kerana tidak ada orang lain yang mahu memikul tanggungjawab itu. Beliau semestinya tidak menjangka sepakan penalti itu meleret sejauh itu. Kerana kekurangan persediaan serta perasaan gelisah yang menggunung memusnahkan Southgate serta pasukan Englandnya.

Southgate berkata beliau menerima dan membawa kegagalan itu buat selama-lamanya dan menukarnya menjadi pengajaran yang akan diturunkan kepada generasi baru kini. Beliau memberitahu bagaimana untuk berhadapan dengan situasi sebegitu, dan apabila tiba waktunya ketika menentang Colombia, semua orang tahu apa yang perlu dilakukan. Semua orang di dalam skuad Southgate, termasuk penjaga gol mereka telah menerima latihan mengambil sepakan penalti.

Jadi berbeza ketika zaman pengurus Terry Venables pada tahun 1996, Southgate tidak perlu risau tentang kekurangan pemain untuk mengambil sepakan penalti. Tidak ada keputusan di saat akhir diambil kini di Moscow.

Ia adalah kerana ketenangan dan keyakinan yang membantu England membuang badi perlawanan-perlawanan yang lepas dan memenangi sepakan penalti buat pertama kali di pentas Piala Dunia. Harry Kane, Marcus Rashford, Kieran Trippier dan Eric Dier, mereka semua menemui sasaran dan reaksi pantas Jordan Pickford dan menyelamatkan sepakan Carlos Bacca menempah tempat di peringkat suku akhir.

Kane menjadi sandaran buat mentaliti baharu England, menjaringkan tiga lagi penalti di waktu biasa pada Piala Dunia 2018 ini. Beliau menunjukkan kepelbagaian dan kuasa dalam sepakan penalti beliau.

Walau pemain seperti Rashford yang kurang memberi impak setakat ini di Rusia, menunjukkan keupayaannya mengambil sepakan penalti dengan ketepatan. Sebagai pemian gantian Southgate yang keempat di masa kecederaan, Rashford dimasukak bagi persediaan mengambil sepakan penalti. Southgate telah merancangnya dari awal.

Walaupun jika ia tidak berjalan seperti yang dirancang, Southgate sangat yakin. Percubaan Jordan Henderson yang tersasar tidak mematahkan semangat England. Sebaliknya ia memberikan peluang kepada Pickford untuk menunjukkan apa yang beliau boleh lakukan.

Penjaga gol berusia 24 tahun itu telah mentelaah setiap pengambil sepakan penalti Colombia terlebih dahulu dan mengingati sudut kegemaran lawannya. Dengan pengetahuan itu, dan ketangkasannya dapat menghalang percubaan penting itu.

Segalanya dapat dilihat dengan jelas, pemain-pemain England memulakan sepakan penalti itu dengan penuh keyakinan.

“Saya telah melihat banyak sepakan penalti untuk mengetahui percubaan yang pertama kali gagal bukanlah penentu dan kami yakin penjaga gol kami akan menyelamatkan satu,” kata Southgate selepas perlawanan itu.

“Teknik dan penyudah setiap pemain adalah sempurna. Saya sangat berterima kasih kepada pasukan sokongan kami yang telah banyak membantu.”

Proses ini bermula dengan mengenal pasti bahawa penalti adalah sama sahaja seperti loteri, bahawa ia lebih memerlukan kebolehan daripada nasib. Southgate dan kakitangannya telah meletakkan satu strategi seawal bulan Mac lagi dan mengenal pasti kelemahan mereka.

Mereka memutuskan bahawa England sebelum ini terlalu gopoh ketika hendak mengambil sepakan penalti, jadi Southgate dan persatuan bola sepak mereka telah menggalakan pemain mereka supaya mengambil sebanyak masa yang boleh untuk menenangkan diri mereka.

Dan apa yang lebih penting, Southgate memberitahu pemain-pemainnya untuk menumpukan perhatian dan tidak membuat keputusan sewenang-wenangnya.

Pada akhirnya, England menukarkan phobia mereka terhadap sepakan penalti kepada rasa hormat. Tiada apa yang ditinggalkan kepada nasib, dan pemain-pemain mereka boleh menarik nafas lega.

Show More

Related Articles

Back to top button